Mohamed Khaled Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Dato' Seri
 Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
14 Mei 2013
Raja Sultan Ibrahim Ismail
Didahului oleh Abdul Ghani Othman

Menteri Pengajian Tinggi
Tempoh berjawat
18 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Mustapa Mohamed
Digantikan oleh Muhyiddin Yassin
Idris bin Jusoh

Ahli Dewan Undangan Johor
bagi kawasan N43 Permas
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
6 Mei 2013
Didahului oleh Munusamy Mareemuthu
Majoriti 5,752 (PRU-13)

Ahli Parlimen Malaysia
bagi P159 Pasir Gudang, Johor
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Digantikan oleh Normala Abdul Samad

Tarikh lahir 30 November 1958 (54 tahun)
Tempat lahir Johor Muar, Johor
Parti politik BN-100px.jpg UMNO (Barisan Nasional)
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin adalah seorang ahli politik Malaysia dan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.[1] Sebelum ini beliau adalah Menteri Pengajian Tinggi (2004-2008). Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli parlimen Pasir Gudang (P. 159).

Isi kandungan

Biodata [sunting]

Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Keluarga [sunting]

YB. Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Kerjaya [sunting]

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Politik [sunting]

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau nmerupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Pilihan raya Malaysia 1999, 2004, 2008 [sunting]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Khaled Nordin telah dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Khaled Nordin telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohamed Khaled Bin Nordin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pasir Gudang , negeri Johor. Mohamed Khaled Bin Nordin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 35849. Calon lawan ialah Md Rizan Bin Mohd Saman dari PKR mendapat 18,568 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 76.7 %. Undi rosak sebanyak 1211.

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
20013 – kini
Penyandang Kemudian
Abdul Ghani Othman Masih menyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi
2008 – 2013
Penyandang Kemudian
Mustapha bin Mohammad Idris bin Jusoh
Penyandang Terdahulu Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
2004-2008
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dato' Noh bin Omar