Kerajaan Negeri Kedah 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kerajaan Negeri Kedah diketuai oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan mendapat 16 kerusi bersama pakatan pembangkang lain, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 4 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik 1 kerusi. Calon bebas yang memenangi kerusi DUN Bukit Selambau menyertai PKR. Barisan Nasional hanya memenangi 14 kerusi.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah terdiri dari 8 wakil dari PAS termasuk seorang wakil wanita dan 3 wakil dari PKR termasuk 2 wakil bukan Melayu. Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md. Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar. Pengumuman barisan 10 ecxo diumumkan di Wisma Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Ketua Kerajaan Negeri[sunting | sunting sumber]

Barisan Exco[sunting | sunting sumber]

Dasar / Pembaharuan kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Kerajaan pro pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri Kedah pimpinan Azizan Abdul Razak mengalu-alukan pelabur asing kerana dasarnya pro pembangunan. Selama ini kerajaan negeri memberi banyak tanah kepada pelabur asing di Kulim Hi Tech Park.[1]

Zon Industri Petroleum Yan[sunting | sunting sumber]

Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) akan dibincangkan semula demi keuntungan semua pihak. Sepatutya dilaksanakan pada 2008 ini. ZIPY sepatutnya dilaksanakan di kawasan seluas 1,160 hektar melibatkan tujuh kampung iaitu Sungai Dedap, Kuala Sungai Daun, Kuala Sungai Limau, Sungai Limau Dalam, Sungai Tongkang, Sungai Kering dan Sungai Sedaka.800 rumah terlibat dan para penghuninya akan dipindahkan ke penempatan baru yang akan disediakan oleh kerajaan negeri kelak. 15,000 peluang pekerjaan dan kawasan perumahan baru akan bertambah. Kos tanah juga akan meningkat.

Meneruskan dasar baik sedia ada[sunting | sunting sumber]

Semua JKKK dan Kemas tidak perlu menutup tadika Kemas mereka. Tidak ada sebarang arahan menutup premis Kemas.

Berjimat cermat[sunting | sunting sumber]

Memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.

Langkawi Geopark[sunting | sunting sumber]

Pembangunan perlancongan pulau Langkawi Geopark akan diteruskan . Semua pelaburan asing di pulau tersebut tidak akan disekat malah dialu-alukan. Usaha menarik pelancong Timur Tengah akan dipertingkatkan. Kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab akan diberikan tidak lama lagi.

Sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau Langkawi dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.

Cukai tanah[sunting | sunting sumber]

Cukai tanah diturunkan 30 % untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian.

Tiket bola sepak percuma[sunting | sunting sumber]

Perlawanan antara pasukan bola sepak Kedah menetang Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac 2008 diberi tiket percuma. Organisasi dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan dirombak dalam mesyuarat exco kerajaan negeri. Sebelum ini Presiden KFA ialah mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Menteri Besar Azizan Abdul Razak merupakan bekas pemain bola sepak dan golf. [2]

Elak guna wang kerajaan unruk membaiki rumah[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak menolak peruntukan kerajaan negeri untuk membaik-pulih pagar kediaman rumah beliau kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Azizan tidak mendiami kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon sebaliknya terus tinggal dirumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar. Kediaman rasmi itu kini dijadikan sebagai rumah tetamu kerajaan negeri.

Geran tanah untuk peneroka Felda dan Felcra[sunting | sunting sumber]

Pada 21 april 2020,Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman setuju memberi geran tanah kepada peneroka lebih 20 tahun tanah rancangan Felda dan Felcra.Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) akan membuat bancian semula serta menyemak semula rekod peneroka.

Antaranya ialah di Rancangan Felcra Weng, Iboi dan Tiak (Baling); Belantik (Sik); Belimbing, Tolak dan Bukit Tampoi (Padang Terap) serta Bukit Selambau I dan II (Kuala Muda).

Rancangan Risda pula ialah Laka Selatan, Bukit Tangga (Kubang Pasu); Bukit Tembaga, Lubok Merbau (Padang Terap); Gunung Pongsu (Kulim) serta Teloi Timor dan Teloi Kanan (Sik).[3] [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]