Halalkan Hati Yang Ku Curi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halalkan Hati Yang Ku Curi
Genre
Berdasarkan daripada
Halalkan Hati Yang Ku Curi
karya Mia Kiff
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahHashim Rejab
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Semakin" oleh Siti Sarah Raisuddin
Lagu penutup"Semakin" oleh Siti Sarah Raisuddin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod27
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal23 Mei 2018 – 28 Jun 2018
Kronologi
MengikutiCinta Fatamorgana
Diikuti olehJangan Benci Cintaku

Halalkan Hati Yang Ku Curi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Farah Nabilah dan Aliff Aziz.[1] Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk yang sama karya novelis Mia Kiff, drama ini memulakan tayangan di slot Akasia TV3 dari 23 Mei 2018 hingga 28 Jun 2018 menggantikan Cinta Fatamorgana dan digantikan oleh Jangan Benci Cintaku.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah pasangan muda suami isteri, Faiq dan Delisha yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka.

Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula. Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini, "Semakin" dipersembahkan oleh Siti Sarah Raisuddin.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3)". My Infotaip. 22 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2018.
  2. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). Kisah beri keinsafan Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018
  3. ^ Zaidi Mohamad (19 Mei 2018). Tiada masalah berlakon dengan suami orang Berita Harian. Dicapai pada 28 Mei 2018
  4. ^ Tahir Alhamzah (22 Jun 2018). #Showbiz: A new stage for Siti Sarah New Straits Times. Dicapai pada 22 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang
Sebelumnya Halalkan Hati Yang Ku Curi Berikutnya
Cinta Fatamorgana Jangan Benci Cintaku