Halil Chik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Halil Chik (1949–30 Jun 2019) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau diberi jolokan "Tom Jones Singapura".[1] Beliau terkenal dengan lagu malar hijau seperti "Renungan Matamu" dan "Lenggang Mak Limah", beliau melancarkan album pertamanya pada 1977 bersama syarikat rakaman EMI. Halil mengeluarkan lima lagi album dan menjadi salah satu penyanyi lelaki Melayu yang popular di akhir 1970-an dan awal 1980-an.[1]

Halil Chik
Kelahiran
Abdul Halil bin Chik

1949 (1949)
Meninggal dunia30 Jun 2019(2019-06-30) (umur 69–70)
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif1970–2019

Biodata[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Perak pada tahun 1949, kemudian Halil berpindah ke Singapura pada usia enam tahun bersama keluarganya apabila bapanya menetap di sini.[1] Bariton kuatnya sering dibandingkan dengan penyanyi terkenal seperti Tom Jones dan Louis Armstrong. Beliau memulakan kerjayanya dengan menyanyikan lagu di majlis perkahwinan pada awal 1970-an sebelum beraksi secara tetap di tempat-tempat seperti The Horizon Club di Shangri-La Hotel. Beliau ialah pemaustatin tetap Singapura dan warganegara Malaysia telah menetap di Kuala Lumpur sejak 1985. Persembahan terakhirnya ialah di Singapura di Wisma Geylang Serai pada 25 Mei. Beliau juga mengadakan konsert solonya di Esplanade Recital Studio pada 2015, persembahan tiketnya dalam tempoh tiga dekad.[1]

Pada 19 Jun 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang selepas jatuh dari katil di kediamannya di Bukit Antarabangsa jam 9 malam.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 30 Jun 2019 di Hospital Ampang kira-kira jam 7 pagi pada usia 70 tahun, akibat serangan angin ahmar.[3][4] Jenazah beliau dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada jam 5.30 petang.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Eddino Abdul Hadi (1 Julai 2019). His voice was compared with Tom Jones' The Straits Times. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (20 Jun 2019). Halil Chik kena strok Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  3. ^ Fatin Farhana Ariffin (30 Jun 2019). Halil Chik meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  4. ^ Eddino Abdul Hadi (1 Julai 2019). Singer Halil Chik, who made his name in the 1970s as 'Singapore's Tom Jones', dies at 70 The Straits Times. Dicapai pada 2 Julai 2019.
  5. ^ Veteran singer Halil Chik laid to rest The Star Online (30 Jun 2019). Dicapai pada 2 Julai 2019.