Hospital Ampang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hospital Ampang
Kerajaan
Hospital Ampang, Selangor, Malaysia
Geografi
Lokasi Ampang, Selangor,  Malaysia
Organisasi
Pembiayaan Kerajaan
Jenis hospital Daerah, Mengajar
Perkhidmatan
Jabatan kecermasan Ya

Hospital Ampang merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia.

Pada 25 Januari 2005 Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengizinkan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) menjalankan latihan amali perubatan di Hospital Ampang dan hospital-hospital lain.

KUIM diwakili oleh Rektor, Profesor Dato' Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Pendaftar, Tuan Hj. Adenan Hj. Abd. Rahman. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia diwakili oleh Datuk Dr. Abdul Gani Mohammed Din, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Dato' Ismail Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Majlis ini disaksikan oleh Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor, Pengerusi Lembaga Pengarah KUIM dan Yang Berhormat Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Timbalan Menteri Kesihatan.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]