Hanarose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hanarose
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2014–2016
Syarikat rakaman
Godzilla Boombox
Bekas ahli

Hanarose ialah sebuah duo pop Malaysia dibentuk dan diuruskan oleh Cat Farish, terdiri daripada peserta Akademi Fantasia, Eka Sharif (Eka) dan peserta i-Klon, Isyariana Che Azmi (Isya),[1] yang meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 2014 dan 2016.[2][3] Duo ini telah menerbitkan sebanyak empat single sepajang aktif selama dua tahun. Hanarose dibubarkan pada 2016.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hanarose ditubuhkan dan diuruskan oleh Cat Farish menerusi label Godzilla Boombox miliknya, yang mana beliau turut mengatur pertemuan antara Eka Sharif dan Isyariana Che Azmi. Sebelum penubuhan Hanarose, Eka ialah bekas peserta AF musim ke-9 manakala Isya ialah bekas peserta rancangan TV realiti RTM, i-Klon. Urusan promosi dan pemasaran dilakukan oleh Luncai Emas milik M. Nasir.[2][3] Menurut mereka:

"Kami cuba mengetengahkan diri sebagai duo yang tidak terikat kepada satu-satu genre, sebaliknya lebih bersifat versatil dengan menyanyikan variasi lagu yang terdiri daripada genre pop, R&B; dan balada [...] selain menyanyi, kami juga boleh menari disebabkan latar belakang kami yang sememangnya penari serta boleh menyanyi rap. Misi kami mudah sahaja iaitu mahu dikenali sebagai kumpulan duo yang serba boleh".[2]

Pada April 2014, duo ini melancarkan single sulung mereka, "Girlfriend" hasil nukilan Cat yang mengisahkan seorang wanita terhadap lelaki yang disukainya.[5][2][3] Mereka kemudian melancarkan single kedua, "Deritaku" yang dipilih sebagai lagu tema filem Pengantin Malam lakonan Nora Danish dan Farid Kamil, kemudian diikuti oleh dua single berikut, "Tiba Kini Waktu" dan "UFO".

Berikutan situasi di luar kawalan mereka, Hanarose dibubarkan pada 2016.[6][7] Eka meneruskan kerjaya solonya sementara Isya menyertai Akademi Fantasia musim ke-13, seterusnya mencipta nama sebagai pelakon.[4]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Girlfriend" 2014
"Deritaku"
"Tiba Kini Waktu" 2015
"U.F.O." 2016

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (15 Jun 2014). "Janji Eka, Isya". Selebriti. Metro Ahad. Dicapai pada 6 Mac 2015. m/s 9. "Tetap bertahan dan harungi suka duka menjadi anak seni".
  2. ^ a b c d Ifqdar Rahman (2 September 2014). "Duo Hanarose milik Cat Farish". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-22. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  3. ^ a b c Budiey (22 Mei 2014). "Kumpulan duo Hanarose bakal lancar single "Girlfriend"". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  4. ^ a b Dennis Chua (10 September 2016). "Rising above failure" [Bangkit dari kegagalan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-12. Dicapai pada 13 Disember 2016.
  5. ^ Kemalia Othman (16 Mei 2014). "Nama Cat Farish tidak bawa tuah". mStar Online. Dicapai pada 6 Mac 2015. Sementara itu, kata Cat, single "Girlfriend" merupakan pertaruhan pertama Hanarose ciptaannya yang lebih rancak dan mudah diingati.
  6. ^ Syanty Octavia Amry (29 Ogos 2016). "Eka tambah yakin". Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2016.
  7. ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2017). "Isyariana enggan 'hanyut' digelar klon Agnes Monica". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]