Hipólito Irigoyen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hipólito Irigoyen
Hipólito Irigoyen
Tempoh berjawat
12 Oktober, 1916 – 11 Oktober, 1922
12 Oktober, 1928 - 6 September 1930
Didahului oleh Victorino de la Plaza (1916)
Marcelo T. de Alvear (1922)
Digantikan oleh Marcelo T. de Alvear (1928)
José Félix Uriburu (1930)

Tarikh lahir 12 Julai 1852
Tempat lahir Buenos Aires
Kerakyatan Argentina
Parti politik Radical Civic Union

Juan Hipólito del Sagrado Corazón de Jesús Irigoyen Alem (12 Julai, 1852 – 3 Julai, 1933) telah menjadi presiden Argentina sebanyak dua kali iaitu dari 1916 ke 1922 dan sekali lagi antara 1928 dan 1930. Irigoyen telah diberi nama jolokan "el peludo" (armadilo berbulu) kerana sikapnya yang suka menyendiri dan jarang kelihatan di tempat awam. Mereka yang pro-Irigoyen dikenali sebagai "Personalistas Irigoyenistas" (diterjemah dalam bahasa Melayu: sahabat peribadi Irigoyen), satu label yang buruk kerana ia menunjukkan bahawa mereka ini kroni Irigoyen dan terlampau menyanjunginya. Manakala mereka yang memusuhinya pula dipanggil "anti-personalistas".

Awal zaman pemerintahan beliau telah menyaksikan Argentina mencapai tahap yang cemerlang di arena global, di mana pada 1929 negara ini mempunyai KDNK keempat tertinggi di dunia, satu tahap yang tidak pernah dicapai sehingga ke hari ini. Malangnya beliau digulingkan setahun kemudian kerana gagal menangani kemelesetan ekonomi dunia yang teruk pada 1930.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Buenos Aires, Irigoyen pada mulanya bekerja sebagai seorang guru sekolah sebelum menceburi bidang politik. Pada 1891 beliau bersama pakciknya Leandro Alem telah menjadi pengasas parti Radical Civic Union (Unión Cívica Radical). Lima tahun kemudian satu tragedi telah menimpanya apabila Alem membunuh diri. Namun, beliau tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan dengan menerajui parti yang diasasnya itu. Pada awalnya parti ini telah mengamalkan dasar tidak berkompromi iaitu satu kedudukan yang bercanggah dengan sistem regim kerajaan ketika itu atas dasar "Perjanjian" atau "The Agreement". Ditubuhkan melalui penipuan undi, perjanjian ini merupakan satu formula di mana tampuk pemerintahan berpindah tangan dari satu parti politik ke satu parti politik yang lain. Sistem oligarki ini memastikan bahawa kerajaan akan sentiasa berada dalam tangan parti-parti tertentu sahaja.

Pada mulanya ahli parti Radical Civic Union telah melancarkan pertentangan bersenjata pada 1893 dan kemudiannya pada 1905. Walaupun begitu, Irigoyen telah mengubah dasar ini kepada satu dasar yang lebih aman iaitu pemulauan secara total semua pilihan raya yang telah berlarutan sehingga tahun 1912, apabila Presiden Roque Sáenz Peña terpaksa akur kepada laluan undang-undang Sáenz Peña Law, yang menjamin undi yang sulit, universal, dan wajib bagi semua lelaki dewasa.

Karier sebagai Presiden[sunting | sunting sumber]

Akta Sáenz Peña merupakan faktor utama kepada pilihan raya demokratik yang pertama di Argentina. Pada tahun 1916, parti RCU telah menyertai pilihan raya dan partinya telah memperolehi kemenangan yang tipis. Namun kemenangan ini telah memberi peluang kepada beliau untuk dilantik sebagai Presiden Argentina pada tahun 1916.

Sebagai seorang Presiden beliau menghadapi masalah di Parlimen kerana terpaksa berdepan dengan Senat yang rata-rata dikuasai oleh pihak pembangkang. Malah, sering kali Irigoyen menggunakan campurtangan persekutuan dengan mengisytiharkan darurat di Argentina dan ini hanya mengeruhkan konfrontasi dengan pihak pembangkang. Walaupun begitu, beliau mendapat sokongan padu pengundi golongan pertengahan dan ekonomi Argentina meningkat di bawah kepimpinannya. Sewaktu Perang Dunia I, beliau telah mengekalkan dasar neutral, satu langkah yang menguntungkan kerana harga daging lembu melonjak sewaktu perang itu meletus dan ini membuka banyak pasaran baru bagi daging dan bijian keluaran Argentina. Pada ketika itu, Argentina terkenal sebagai "bangsal dunia" dan negara ini merupakan antara negara terkaya di dunia. Walaupun Irigoyen berjaya membawa negaranya ke puncak kejayaan, namun Perlembagaan Negara melarangnya daripada bertanding semula untuk pilihan raya 1922. Oleh itu beliau digantikan oleh seorang ahli RCU iaitu Marcelo T. de Alvear. Sewaktu pentadbiran De Alvear, parti RCU telah berpecah kepada dua puak UCR Personalista, yang terdiri daripada penyokong Irigoyen, dan UCR Anti-Personalista, iaitu mereka yang memusuhi Irigoyen dan menyokong De Alvear.

Pada 1928, selepas penggal Marcelo T. de Alvear tamat, Irigoyen kembali lagi sebagai presiden selepas mendapat kemenangan yang besar. Namun pada usia yang agak lanjut iaitu lewat 70an, ramai yang menganggapnya sebagai seorang yang nyanyuk. Pihak pentadbirannya juga telah menghalang beliau daripada menerima berita-berita terkini termasuk kesan kemelesatan ekonomi dunia yang bakal menimpa negara itu. Akibatnya beliau gagal menangani kemelesetan ekonomi yang melanda negaranya dan juga masalah korupsi yang berleluasa. Pada 24 December, beliau terselamat daripada satu percubaan untuk membunuhnya. Beliau turut dimusuhi pihak fasis dan konservatif daripada tentera dan juga perisiskan; akhirnya beliau digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang diketuai José Félix Uriburu.

Selepas beliau digulingkan, Irigoyen ditempatkan di tahanan di rumah dan kerap dipenjarakan di Isla Martín García. Beliau meninggal dunia di Buenos Aires.

Mandat Pertama dan Kedua 1916–1922
Didahalui oleh:
Victorino de la Plaza
Presiden Argentina Digantikan oleh:
Marcelo T. de Alvear
Mandat Ketiga 1928 - 1930
Didahului oleh:
Marcelo T. de Alvear
Presiden Argentina Digantikan oleh:
José Félix Uriburu

Rujukan[sunting | sunting sumber]