Howard Hughes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Howard Hughes
Howard Hughes.jpg
Kelahiran 24 Disember 1905(1905-12-24)
Humble (Houston), Texas, Amerika Syarikat
Meninggal dunia 5 April 1976 (umur 70)
Houston, Texas, Amerika Syarikat
Pekerjaan Pengerusi, Hughes Aircraft; usahawan; juruterbang; jurutera; penerbit dan pengarah filem
Nilai harta
kekayaan
AS$43.4 bilion, menurut rencana Tokoh sejarah yang terkaya 2008 - Februari 2008, AS$12.8 bilion (Forbes 400 1958),
Pasangan Ella Rice (1925-1929)
Terry Moore (dikatakan) (1949-1976)
Jean Peters (1957-1971)

Howard Robard Hughes, Jr. (24 Disember 19055 April 1976) ialah juruterbang, usahawan, penerbit/pengarah filem, dan dermawan, serta juga salah satu orang yang terkaya di dunia. Beliau terkenal kerana mencatat banyak rekod laju udara, membina kapal terbang Hughes H-1 Racer dan H-4 Hercules, menerbitkan filem Hell's Angels, Scarface dan The Outlaw, serta memiliki dan mengembangkan Trans World Airlines. Pada hari ini, Hughes masih merupakan tokoh abad ke-20 yang ikonik, bukan sahaja kerana pencapaian profesionalnya, tetapi juga kerana tingkah lakunya yang esentrik pada akhir hayatnya. Walaupun seorang penyendiri serta pesakit gangguan obsesif-kompulsif yang terkenal, Hughes dipercayai oleh banyak orang sebagai salah satu orang Amerika Syarikat yang amat bijak serta juga salah satu juruterbang Amerika Syarikat yang paling berjaya sehingga hari ini.

Howard Hughes ialah penerima Pingat Emas Kongres (dihadiahkan pada 7 Ogos 1939).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: