Hubungan Turki - Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hubungan Israel-Turki
Peta menunjukkan lokasi Israel dan Turkey

Israel

Turki

Hubungan Turki – Israel bermula Mac 1949[1] apabila Turki menjadi negara majoriti Muslim pertama mengiktiraf Israel.[2][3]. Hubugan mereka cukup erat kerana kedua-dua negara ada latihan ketenteraan bersama juga perdagangan. Bagaimanapun, baru-baru ini ia menjadi goyah berikutan rampasan armada Gaza, di mana 9 warganegara Turki terbunuh.[4]

Perjanjian damai dengan Turki[sunting | sunting sumber]

Rampasan kuasa Turki 1980 mengubah lanskap diplomasi kedua-dua negara. Kenan Evren mengecam penjajahan Israel di Bukit Golan.

Kerajaan Turki mengadakan perjanjian damai dengan Israel selepas Perjanjian Kem David dan Perjanjian Oslo. Mesir dan Jordan juga berdamai dengan Israel. Perdana Menteri Tansu Çiller mengubah dasar dengan mengadakan Perjanjian Perkongsian Rahsia Keselamatan bagi menentang keganasan pada 1994. Semasa Necmettin Erbakan, 12 perjanjian kerjasama ketenteraan dimeterai. Perjanjian Kerjasama dan Latihan Ketenteraan pada 22 Februari 1996. Perjanjian Kerjasama Industri Pertahanan pada 28 Ogos 1996.

Pada 1992, perjanjian diadakan bagi meningkatkan pelancongan antara kedua-dua negara kerana Turki sektor pelancongan dapat meningkatkan ekonomi negara itu.Nilai perdagangan Turki Israel ialah $1.8 billion.[5]

Pada 17 Januari 2010 Ehud Barak memeterai 16 perjanjian pertahanan . Malangnya Ehud Barak juga mengarahkan komando Israel menyerang kapal-kapal dari Turki. Menteri Pertahanan Turki Vecdi Gönül dan Menteri Luar Turki Ahmet Davutoğlu menyatakan hubungan diplomatik diminimumkan kerana attitud pemimpin Israel.

Duta Turki Oğuz Çelikkol di Tel Aviv dipanggil pulang. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan akan mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan PBB.

Tragedi rampasan armada Gaza[sunting | sunting sumber]

Selepas 9 rakyat Turki di atas kapal MV Mavi Marmara dibunuh oleh komando Israel dalam rampasan armada Gaza pada Mei 2010, barulah Turki berubah sikap terhadap Israel. Menteri Luar Turki, Ahmed Davutoglu mahu Israel menerima cadangan pasukan siasatan PBB oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. Tindakan memintas kapal di perairan antarabangsa menyalahi undang-undang antarabangsa.

Ömer Çelik mengumumkan Turki menarik balik pasukan kriket Turki yang menyertai pertandingan di Israel. Duta Turki di Tel Aviv diarah pulang. Kerjasama ketenteraan dan perdagangan dikurangkan. Projek tenaga, gas asli dan penghantaran air bersih diketepikan. Hubungan diplomatik ditarik balik kecuali Israel memohon maaf atas kejadian 9 sukarelawannya ditembak. Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak membenarkan komando bertindak terhadap 9 buah kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan memerikan serangan itu sebagai "pengganasan negara", manakala Presiden Abdullah Gul menyatakan hubungan Turki - Israel tidak akan sama lagi.[6][7]

Pada September 2011, Turki mengusir duta Israel selepas Israel kekal enggan memohon maaf kerana membunuh sembilan sukarelawan Turki dalam rampasan armada Gaza, ini berikutan selepas keluarnya laporan PBB yang mendapati, sekatan laut Gaza oleh Israel adalah sah mengikut undang-undang antarabangsa, tetapi kuasa berlebihan telah digunakan oleh Israel semasa kejadian serbuan tersebut, serta tindakan ganas Israel itu tidak munasabah.[8] Hamas memuji keputusan Turki ini.[9]

Laporan PBB itu juga menemui bahawa, apabila komando Israel sampai ke kapal utama, mereka berhadapan dengan “pengaturan dan kawalan rintangan yang ganas dari kumpulan para penumpang” dan dari itu mereka memerlukan penggunaan gerakan pertahanan bagi menjaga keselamatan mereka. Namun dalam laporan itu jelas menggelarkan kaedah pertahanan yang diguna pakai oleh anggota tentera Israel adalah "keterlaluan dan tidak munasabah", ia menjelaskan bahawa kehilangan nyawa adalah tidak dapat diterima dan rawatan susulan oleh tentera Israel kepada para penumpang yang tercedera adalah terlalu teruk dan kesat. Dalam peristiwa Mavi Marmara itu, lapan orang warganegara Turki dan seorang rakyat Amerika berbangsa Turki telah meninggal dunia akibat perbuatan biadap tentera Israel.

Pegawai Israeli menyatakan yang mereka berharap dapat memulihkan hubungan tetapi tidak akan memohon maaf atau membayar pampasan.[10][11]

Protes pasukan bola tampar Israel[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Julai 2010, penunjuk perasaan membantah kehadiran pasukan bola tampar Israel dengan Serbia pada Kejohanan Liga Bola Tampar Wanita Eropah di Angkara . Mereka membawa poster pejuang pro-Palestin Furkan Dogan yang mati dibunuh oleh komando Israel pada 31 Mei 2010.

Pada Februari 2010, pasukan bola keranjang Israel telah dilontar botol dan terpaksa lari keluar daripada gelanggang untuk menyelamatkan diri.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]