Hubungan dua hala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hubungan dua hala merujuk kepada perhubungan politik dan kebudayaan antara dua negara.

Kebanyakan perhubungan dilakukan secara dua hala. Contoh-contoh ini adalah perjanjian antara dua negara, penukaran duta, dan lawatan negara. Alternatif kepada hubungan dua hala adalah hubungan pelbagai hala dan tindakan sehala, apabila satu negara memilih untuk bertindak sendiri.

Terdapat debat yang panjang mengenai perhubungan dua hala atau pelbagai hala. Penolakan hubungan dua hala pertama tiba selepas Perang Dunia Pertama apabila ramai ahli politik mendapati bahawa sistem perjanjian dua hala sebelum perperangan telah menjadikan perang sebagai tidak dapat dielakkan. Ini memyebabkan kewujudan Liga Bangsa-Bangsa.

Reaksi yang serupa berkenaan perjanjian perdagangan dua hala wujud selepas Kemelesetan Besar, apabila ia didapati bahawa perjanjian yang sedemikian menyebabkan peningkatan tarif yang tinggi sehingga menyebabkan kemelesetan ekonomi. Jadi, selepas Perang Dunia Kedua, Barat telah menggunakan perjanjian pelbagai hala seperti Persetujuan Awam mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).

Meskipun profil tinggi sistem-sistem pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Perdangangan Dunia, kebanyakan diplomasi masih dilakukan pada peringkat dua hala. Hubungan dua hala mempunyai fleksibiliti dan kemudahan yang tidak terdapat dalam sistem pelbagai hala yang berkompromi terlalu banyak. Sebagai tambahan pula, ketidaksenambungan kuasa, sumber, wang, ketenteraan atau teknologi lebih mudah didapatkan oleh pihak yang lebih kuat dalam perhubungan dua hala, di mana negara-negara kuat sifatkan sebagai kebaikkan sistem ini, berbanding dengan sistem pelbagai hala yang memerlukan sepersetujuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • bilaterals.org, satu gerakan aktivis yang menentang perjanjian hubungan dua hala yang "membuka negara ke penetrasi syarikat-syarikat transnasional."