Portal:Politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Portal Politik
Kertas undi bertanda X yang dimasukkan ke dalam kotak undian
Politik atau siasah merupakan set kegiatan yang dikaitkan dengan membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan atau leompok, atau bentuk-bentuk hubungan kuasa yang lain di antara individu seperti pembahagian sumber atau status. Cabang sains sosial yang mengkaji politik dan kerajaan/pemerintahan dirujuk sebagai sains politik (sains siasah). Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan/pemerintahan, tingkah laku politik boleh didapati di dalam sektor korporat, akademik, agama, dan institusi-institusi lain. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan
Lokasi Amerika Syarikat (jingga) dan Israel (hijau tua)

Hubungan Amerika Syarikat–Israel (Tulisan Jawi: هوبوڠن اميريك شريكت–إسرائيل) merupakan faktor penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong. Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi dasar pentadbiran dalam jangka masa lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.

Hubungan dua hala ini telah berkembang dari dasar bersimpati dengan nasib Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan iaitu Israel, kepada kebergantungan dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan ketenteraannya, pada masa yang sama kuasa besar seperti Amerika Syarikat untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain. Selebihnya pula berpendapat bahawa negara demokrasi Israel merupakan sekutu strategik dan hubungan dua hala, dengan Israel memperkuatkan pengaruh Amerika di Timur Tengah. Israel merupakan salah satu daripada dua negara sekutu asal bukan dari gabungan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Timur Tengah. Kini terdapat tujuh negara sekutu bukan NATO di Timur Tengah Besar. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan lain di: Wikipedia, Portal · Sunting
Gambar pilihan
Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat

Lukisan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang dihasilkan oleh John Trumbull memaparkan lima orang anggota jawatankuasa cadangan sedang membentangkan kerja mereka kepada Kongres Amerika Syarikat. Lukisan ini diabadikan di belakang wang kertas AS$2, dan lukisan asalnya digantung di rotunda Kapitol Amerika Syarikat.

(Lukisan oleh John Trumbull)