Teokrasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Teokrasi ialah sejenis kerajaan yang mengiktiraf Tuhan atau dewa sebagai pemerintah teragung. Bagi penganut, teokrasi adalah bentuk kerajaan yang mana suatu kuasa ketuhanan mentadbir negeri insani duniawi, sama ada dalam bentuk jelmaan manusia, atau selalunya, melalui wakil institusi keagamaan (seperti gereja) yang mengambil tempat atau mendominasi kerajaan awam.[1] Kerajaan teokrasi menggubal undang-undang teonomi.

Teokrasi wajatidak wajar disamakan dengan bentuk-bentuk kerajaan sekular lain yang ada agama rasmi, atau sekadar dipengaruhi konsep teologi atau moral, dan monarki yang diasaskan "Dengan Izin Tuhan".

Teokrasi boleh berbentuk monisme, iaitu hierarki pentadbiran kerajaan seiras dengan hierarki pentadbiran agama, atau juga boleh bertangan dua, tetapi pentadbiran negeri sebagai bawahan hierarki agama.

Sesetengah parti politik demokratik dan pertubuhan lain mendukung pembinaan semula kerajaan teokrasi. Lihat rencana parti Islam. Contoh-contoh lain yang dikatakan termasuk Gereja Penyatuan dan Rekonstruksionisme Kristian.

Nota Kaki[sunting | sunting sumber]

  1. CATHOLIC ENCYCLOPEDIA: Theocracy

Pautan luar[sunting | sunting sumber]