Impian Illyana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Impian Illyana
Genre Drama, Interaktif
Dimajukan oleh Red Communications
Dibintangi Lydia Ibtisam
Wardina Safiyyah
Juliana Ibrahim
Awal Ashaari
Negara asal Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 3
Penerbitan
Tempoh siaran 15 minit (episod harian)
30 minit (ulangan mingguan)
Penyiaran
Saluran asal TV3 (musim ke-2 dan ke-3)
TV9 (musim ke-2)
ntv7 (musim pertama)
Julung kali ditayangkan di 2004
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Impian Illyana ialah judul bagi rancangan drama televisyen Malaysia yang diterbit oleh Red Communications. Rancangan ini dikatakan unik berbanding drama-drama lain kerana terdapat satu unsur interaktif yang mana pada penghujung setiap episod, para penonton diajak untuk meneka tindakan yang akan dilakukan oleh watak utama dalam setiap episod seterusnya melalui peraduan SMS. Lebih-lebih lagi, siri ini disiarkan lima episod seminggu (Isnin hingga Jumaat), dan panjang setiap episod cuma 15 minit, ditambah dengan siaran ulangan 30 minit pada hujung minggu yang menggabungkan kelima-lima episod asal dalam seminggu.

Kini, musim ketiga siri ini sedang disiarkan pada waktu 3.30 tengahari di TV3. Siri ini pernah disiarkan musim pertamanya di ntv7 (2004-05), kemudian di TV9 (2006) bagi musim keduanya.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Illyana (Lydia Ibtisam)
Watak utama yang kini menuntut di Universiti Teknologi Mara dan menetap di asrama berdekatan sejak musim kedua; pada musim pertama, dia tinggal bersama kedua-dua kakaknya, sewaktu tengah menunggu keputusan SPMnya. Dialah yang sering dijadikan titik tengah dilema-dilema yang dihadapinya, lalu dijadikan bahan tekaan bagi para penonton sebagai peraduan SMS.
Julyana (Wardina Safiyyah)
Kakak sulung Illyana yang berperanan seperti "ibu" dalam keluarga. Dia menggunakan bakat memasak dengan sebaiknya untuk membuka kafe untuk menyara kehidupan keluarganya. Adalah dipercayai bahawa bagi setiap masalah di dunia adanya resipi Julyana sebagai penawarnya.
Fazlyana (Cheryl Samad (musim ke-3); Zehan Marissa (musim pertama))
Kakak ngah Illyana yang baru berkahwin dan giat dalam dunia korporat. Dia amat gagah semangatnya dan sering cuba untuk meningkatkan nama dirinya dalam masyarakat sekelilingnya. Sungguhpun kurang sangat membantu dalam keluarga namun dia masih menghargai semangat kekeluargaan.
Nik (Junad Mohd Nor)
Rakan sebilik Illyana di asrama.
Izham (Ashraf Moslim)
Teman lelaki Illyana sekarang.

Bekas watak utama[sunting | sunting sumber]

Fasha (Juliana Ibrahim)
Gadis tomboy yang dijadikan "sahabat paling karib" dan pakar penyelesaian segala masalah oleh Illyana.
Rizal (Awal Ashaari)
Jejaka yang genar berpacaran dengan mana-mana gadis remaja yang dilihatnya serta pernah digemari Illyana.
Anita (Raja Farah)
Gadis yang pernah merebut perhatian Rizal bersama Illyana.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]