Wardina Safiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wardina Safiyyah
Wardina.jpg
Lahir Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
5 Jun 1979 (umur 32)
Bendera Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia
Berkahwin dengan Ikhwan Johari (2002 - Sekarang)

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (lahir 5 Jun 1979) di Kuala Lumpur ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan peribadi

Wardina mempunyai darah campuran Australia[1][2] oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya.[3] Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telahpun mendirikan rumahtangga bersama arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

[sunting] Kontroversi

Fail:Wsij1.jpg
Wardina dan Ikhwan

Pada penghujung tahun 2000, Wardina nekad mengenakan hijab kepala dan melupakan karier permodelannya. Penghijrahan itu mendapat reaksi positif malahan Wardina dikatakan sebagai pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni biarpun berdepan sedikit halangan.

Pada Jun 2011, Wardina Saffiyah telah menimbulkan kontroversi apabila hadir memberi ceramah keibubapaan yang tanpa disedarinya merupakan Majlis Mesra Rakyat anjuran sebuah parti politik pembangkang. Namun, Wardina Saffiyah sangat terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih 2.0. Tambah Wardina Saffiyah lagi, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas kejadian berkenaan berlaku. [4]

[sunting] Pendidikan

Wardina bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta mempunyai ijazah dalam bidang Hiasan Dalaman daripada Centre for Advance Design [5] (CENFAD) Kuala Lumpur. Kini beliau menuntut dalam bidang psikologi.

Wardina menamatkan pengajian menengahnya di SMK (P) Sri Aman pada 1996.

[sunting] Penglibatan terkini

  • Hos Maher Zain Show Case
  • Malaysia Hari Ini
  • Fitrah Kasih (2009)
  • Ibu Mithali (2008)
  • Menatang Si Manja – RTM (2008)
  • Edu TV – web portal for The Minister of Education (2008)
  • Carta Nasyid Pilihan – TV9 (2008)
  • Wanita Hari Ini (2005 - 2007)
  • Sambutan Malidur Rasul peringkat Kebangsaan (TV1)
  • Hits from RIM – VJ
  • Pencarian Bintang RTM
  • Seri Laman (TV1)
  • JOm Tukar!
  • Hijrah Remaja (Astro)
  • Kisah-Kisah Anbia’ (TV3)
  • Ramadhan World Delights 1 & 2
  • High 5 – JAKIM (TV1)

[sunting] Lakonan

  • IMPIAN (Sunsilk) Musim 2 (2009)[6]
  • Cinta Madinah Musim 1 & 2 (2006)
  • Kalam Cinta Rabiah – TV3 (2007)
  • Impian Illyana TV Musim 1, 2 & 3 (2006 - 2007)
  • “Children of Adam” VCD
  • Wardina & Keluarga Pak Tam VCD
  • Spanar Jaya[7]
  • Kepulangan (Astro)
  • Julia – a TV series based on the award winning novel of the same name (Astro)
  • Sayangku Puteri – Telemovie (TV1)
  • Maka Diciptakannya Perempuan – Telemovie (NTV 7)
  • Jodoh 2 Beradik – Telemovie (TV3)
  • Berakhirnya Sebuah Ramadhan – Telemovie (TV3)
  • Lagi-Lagi Senario– Filem
  • Cinta 200 Ela – Filem

[8]

[sunting] Jurucakap produk

  • Ubat Gigi Mu'min [9]
  • Ariani Platinum [10]
  • Slim World (2006 - 2009) [11]
  • Anmum Essentials (2006 - 2009) [12][13]
  • International Islamic Fair 2006 & 2007
  • Sunsilk (2003 - 2008)[14]

[sunting] Pencapaian

Fail:Ws2.jpeg
Bukunya yang laris "Mama, Saya Lapar"

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain