Televisyen satelit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Televisyen satelit ialah pemancaran televisyen yang disampaikan oleh satelit komunikasi, berbanding dengan televisyen terestrial dan televisyen kabel. Di kebanyakan tempat di dunia, perkhidmatan televisyen satelit menjadi tambahan kepada isyarat terestrial yang lebih lama dengan menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan saluran yang lebih besar, termasuk perkhidmatan langganan sahaja. Astro di Malaysia ialah salah satu contoh perkhidmatan televisyen satelit langganan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Isyarat televisyen satelit yang pertama disiarkan dari Eropah ke satelit Telstar di atas Amerika Utara pada tahun 1962. Satelit komunikasi geosegerak yang pertama, iaitu Syncom 2 dilancarkan pada tahun 1963. Satelit komunikasi komersial yang pertama di dunia, iaitu Intelsat I (atau nama jolokannya Early Bird), dilancarkan ke orbit segerak pada 6 April 1965. Rangkaian televisyen satelit kebangsaan yang pertama, dipanggil Orbita, dibuka di Kesatuan Soviet pada 1967, berdasarkan prinsip penggunaan satelit Molniya yang amat bujur untuk tujuan penyiaran semula dan penyampaian isyarat TV ke stesen-stesen downlink bumi. Satelit Amerika Utara domestik pertama yang membawa televisyen ialah Anik 1 geopegun dari Kanada, yang dilancarkan pada tahun 1972[1]. ATS-6, Satelit Siaran Langsung dan pendidikan ujian yang pertama di dunia, dilancarkan pada tahun 1974. Satelit geopegun Soviet pertama yang membawa telvisyen Direct-To-Home, iaitu Ekran, dilancarkan pada tahun 1976.

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Satelit yang digunakan untuk isyarat televisyen secara amnya berorbit amat bujur (dengan kecondongan +/-63.4 darjah dan tempoh orbit kira-kira 12 jam) atau geopegun pada paras 37,000 km (22,300 batu) di atas khatulistiwa Bumi.

Televisyen satelit, sepertilah komunikasi lain yang disiarkan oleh satelit, bermula dengan antena pemancaran yang terletak di suatu kemudahan laluan menaik (uplink). Piring satelit laluan menaik amat besar saiznya, iaitu sebesar 9–12 meter (30–40 kaki) diameternya. Makin besar diameternya, maka makin tepatlah sasarannya dan makin kuatlah isyarat kepada satelit. Piring uplink dihalakan ke arah sebuah satelit tertentu dan isyaratnya dipancarkan dalam lingkungan frekuensi yang tertentu, agar boleh diterima oleh salah satu transponder yang ditalakan pada lignkungan frekuensi dalam satelit itu. Transponder itu 'memancarkan semula' isyarat kembali ke Bumi pada jalur frekuensi yang berlainan (untuk mengelakkan gangguan dengan isyarat uplink), iaitu lazimnya dalam jalur C (4–8 GHz) atau jalur Ku (12–18 GHz) atau kedua-duanya. Fasa laluan isyarat dari satelit ke stesen penerima Bumi dipanggil laluan menurun (downlink).

Satelit biasanya mempunyai sehingga 32 transponder bagi jalur Ku sahaja, sehingga 24 bagi jalur C sahaja, atau lebih bagi satelit hibrid. Setiap transponder biasanya mempunyai lebar jalur antara 27 MHz dan 50 MHz. Setiap satleit jalur C geopegun perlu dijarakkan 2 darjah dari satelit berhampiran (untuk mengelakkan gangguan). Bagi jalur Ku jaraknya bolehlah cuma 1 darjah. Ini bermakna adanya had atas 360/2 = 180 untuk satelit jalur C pegun dan 360/1 = 360 untuk satelit jalur Ku pegun. Pemancaran jalur C terdedah kepada gangguan daratan manakala pemancaran jalur Ku pula boleh terjejas oleh hujan (kerana air memang kuat menyerap gelombang mikro).

Isyarat satewlit downlink yang agak lemah setelah melalui jarak yang amat jauh (lihat hukum segi empat songsang), diterima oleh piring penerimaan parabola yang memantulkan isyarat lemah itu ke titik fokus piring. Pada pendakap titk fokus piring terpasangnya peranti yang dipanggil hon suapan (feedhorn). Hon suapan ini secara asasnya merupakan bahagian hadapan yang kembang pada satu bahagian pemandu gelombang yang mengumpul isyarat pada atau dekat titik fokus lalu 'mengkonduksikannya' ke suatu jarum atau pikap yang disambungkan pada penukar turun blok berhingar rendah (Low-noise block downconverter, LNB). LNB ini meluaskan isyarat yang agak lemah itu, menapis blok-blok frekuensi yang mana isyarat TV satelit dipancarkan, dan menukarkan blok frekuensi kepada lingkungan frekuensi yang lebih rendah dalam lingkungan jalur L. Evolusi LNB merupakan satu perubahan yang dicetuskan keperluan dan ciptaan.

Sistem TV satelit jalur C yang asal menggunakan satu Amplifier Hingar Rendah (Low Noise Amplifier) yang disambungkan pada feedhorn di titik fokus piring. Isyarat yang dikuatkan itu kemudiannya dimasukkan melalui kabel sepaksi berimpedans 50 Ohm yang sangat mahal ke dalam penerima dalam rumah atau, dalam rekaan-rekaan lain, dimasukkan ke dalam penukar turun (satu pencampur dan satu penayun ditala voltan dengan sedikit litar penapis) untuk penukaran ke bawah kepada satu frekuensi pertengahan. Pemilihan saluran dikawal, biasanya oleh satu pengayun ditala voltan dengan voltan penala disalurkan melalui kabel berasingan ke hujung kepala. Namun, rekaan yang ringkas ini pun berevolusi.

Rekaan-rekaan untuk konverter berasaskan mikrojalur unuk frekuensi Radio Amatur disesuaikan untuk jalur C 4 GHz. Komponen terpenting bagi rekaan-rekaan ini ialah konsep block downconversion bagi selingkungan frekuensi ke blok frekuensi yang lebih rendah dan lebih mudah dikendali dari sudut teknologi (frekuensi pertengahan).

Kelebihan menggunakan LNB adalah bahawa kabel yang lebih murah boleh digunakan untuk menyambungkan penerima dalam rumah dengan piring TV satelit dan LNB, serta teknologi untuk mengendali isyatrat pada jalur L dan UHF jauh lebih murah berbanding mengendali isyarat pada frekuensi-frekuensi jalur C. Peralihan ke teknologi yang lebih murah dari kabel impedans 50 Ohm dan penyambung N dalam sistem-sistem jalur C terdahulu ke teknologi 75 Ohm yang lebih murah serta penyambung F membolehkan penerima TV satelit terawal untuk menggunakan apa yang sebenarnya merupakan penala TV UHF bermodifikasi yang memilih saluran TV satelit untuk penukaran ke bawah ke satu lagi frekuensi pertengahan yang lebih rendah yang berpusat pada 70 MHz untuk dinyahmodulat. Peralihan ini membolehkan industri DTH TV satelit untuk berubah dari berang amat mewah yang mana tidak banyak penerima didirikan dan sistem lengkap amat mahal, menjadi barangan komersil yang dihasilkan besar-besaran.

Piring satelit siaran langsung dilengkapkan dengan LNBF yang menyepadukan hon suapan dengan LNB.

Penerima satelit menyahmodulasi dan menukarkan isyarat ke bentuk yang dikehendaki (output untuk televisyen, audio, data, dsb.). kadang-kala, penerima juga merangkumi kemampuan menyisihkan atau menyahsulitkan data; maka penerima itu dipanggil penerima/dekoder bersepadu (integrated receiver/decoder, IRD). Kabel yang menyambungkan penerima ke LNBF atau LNB mestilah berjenis kehilangan rendah (low loss) RG-6 atau RG-10, dsb; bukannya RG-59 piawai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robertson, Lloyd (1972-11-09). "Anik A1 launching: bridging the gap". CBC English TV. Diperolehi pada 2007-01-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]