Insane (lagu BTOB)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"비밀 (Insane)"
Single oleh BTOB
daripada album Born to Beat
Sisi B"Imagine"
Dilancarkan pada21 Mac 2012
(lihat sejarah pelancaran)
Dirakamkan pada2012
FormatMuat turun digital
GenreK-pop, pop tarian
Panjang3:37
SyarikatCube DC
PenulisSeo Yong-bae
Seo Jae-woo
Lee Min-hyuk
Jung Il-hoon
PenerbitSeo Yong-bae
Seo Jae-woo
Kronologi single BTOB
"비밀 (Insane)" ""Father"
(2012)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bimil (Insane)" (비밀 (Insane); "Rahsia (Gila)") atau juga dikenali sebagai "Insane" (Gila) merupakan single pertama oleh kumpulan muzik BTOB. Ia dilancarkan secara digital pada 21 Mac 2012 sebagai single penampilan sulung mereka.[1] Lagu ini juga menjadi single utama dalam album mini pertama kumpulan muzik ini, Born to Beat yang dikeluarkan dua minggu kemudian iaitu pada 3 April 2012.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mac 2012, label Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan menampilkan satu kumpulan muzik baru yang terdiri daripada tujuh orang ahli dan diberi nama sebagai BTOB. Pada hari yang sama, laman sesawang untuk kumpulan muzik itu juga dilancarkan dengan video teaser dari BTOB.[3] Ketika hari itu juga, pihak Cube juga mengumumkan bahawa kumpulan BTOB ini akan menjadi artis dan kumpulan muzik pertama yang berdaftar dibawah sublabel Cube iaitu Cube DC.[4] Pada 19 Mac, ahli-ahli dalam kumpulan muzik itu telah didedahkan dimana ia terdiri daripada Seo Eun-kwang sebagai ketua kumpulan, Lee Min-hyuk, Lee Chang-sub, Lim Hyun-sik, Shin Peniel, Jung Il-hoon dan Yook Sung-jae. Eun-kwang, Hyun-sik, Min-hyuk dan Il-hoon telah dikenali terlebih dahulu kerana mereka pernah menyertai sitkom I Live in Cheongdamdong di saluran JTBC.[5] Pada hari itu juga, pihak Cube mendedahkan video teaser untuk video muzik (MV) yang akan datang untuk kumpulan muzik itu, tanpa mendedahkan nama lagu yang bakal dilancarkan. Video teaser itu menampilkan ketua kumpulan muzik A Pink, Park Cho-rong.[6] Teaser kedua dilancarkan pada 20 Mac yang mendedahkan nama lagu debut BTOB iaitu "비밀 (Insane)" (Bimil (Insane)) dan turut didedahkan bahawa pelancaran sulung mereka akan menjadi single digital pertama mereka bersama sebuah lagi lagu iaitu "Imagine" (Bayangkan). Lagu "Imagine" (Bayangkan) itu dijadikan sebagai lagu latar belakang bagi video teaser pertama.[7] Kemudian didedahkan bahawa kedua-dua lagu tersebut dijadikan sebagai judul lagu walaupun hanya lagu "비밀 (Insane) yang dipromosikan.

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Lagu "비밀 (Insane)" (Rahsia (Gila)) ini ditulis oleh Seo Yong-bae dan Seo Jae-woo, yang juga menggubah lagu ini bersama dengan Lee Min-hyuk dan Jung Ilhoon. Lagu ini menampilkan melodi yang menakjubkan dengan vokal dan rap ahli kumpulan yang hebat. "Imagine" pula ditulis dan digubah oleh Seo Yong-bae dan Seo Jae-woo. Ia digambarkan mempunyai citarasa yang berbeza kerana ia merupakan lagu balada yang mempamerkan kemampuan vokal yang tulus dan lembut dari ahli kumpulan muzik BTOB.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Dua teaser untuk video muzik (MV) telah dilancarkan dimana teaser pertama dikeluarkan pada 19 Mac 2012[8] manakala teaser kedua dilancarkan pada keesokkan harinya.[9] Teaser pertama menggunakan lagu "Imagine" (Bayangkan) sebagai lagu latar belakang dan tidak menunjukkan secara terperinci mengenai MV yang akan dilancarkan. Teaser kedua pula mendedahkan sebahagian lagu "비밀 (Insane)" (Rahsia (Gila)) dan sebahagian video muzik. MV versi penuh pula dilancarkan pada 21 Mac 2012 bersama-sama dengan single digital kedua-dua lagu tersebut. Ia menampilkan Park Cho-rong dari kumpulan muzik A Pink sebagai peranan wanita dalam MV itu.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Single digital:
1. 비밀 (Insane) - 3:37
2. Imagine - 3:44

Penampilan carta[sunting | sunting sumber]

Lagu "Insane" ini debut di #96 dalam carta single mingguan Gaon dengan 3,326,469 mata. Pada minggu seterusnya, lagu ini naik satu anak tangga ke #95 dengan 3,404,475 mata. Lagu ini berada dalam carta selama dua minggu di Carta Single Gaon 100 Teratas. Ia juga berada dalam carta Billboard iaitu Carta Korea K-Pop Hot 100 dengan kedudukan puncak #76. Selain itu, lagu "Insane" turut berada dalam carta muat turun Gaon dengan 61,080 muat turun pada minggu pertama dan carta penstriman di kedudukan #151 dengan 159,735 strim. Ia kemudiannya naik 22 anak tangga ke kedudukan 129 pada minggu seterusnya 230,527 strim.

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan Carta single mingguan Gaon[10] 95
Korea Selatan Carta single tempatan mingguan Gaon[10] 91
Korea Selatan Carta Penstriman Mingguan Gaon[10] 129
Korea Selatan Carta Muat Turun Mingguan Gaon[10] 81
Amerika Syarikat Carta Korea K-Pop Hot 100 Billboard[11] 76

Sejarah pelancaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
 Korea Selatan[1] 21 Mac 2012 Muat turun digital Cube Entertainment
Universal Music Group

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Korea) "(싱글) 비밀 (Insane) / Daum 뮤직 :: 언제 어디서나 Music on Daum". Daum Communications. 21 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2 September 2012.
  2. ^ (Korea) "(EP) Born To Beat / Daum 뮤직 :: 언제 어디서나 Music on Daum". Daum Communications. 21 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-12. Dicapai pada 2 September 2012.
  3. ^ (Korea) "큐브엔터 새 7인조 그룹 비투비 팀명 확정, 22일 출격 예고". Nate. 14 Mac 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  4. ^ (Korea) "'BTOB(비투비)', 큐브엔터 서브레이블 '큐브DC'의 첫 아티스트로 전격 데뷔". Nate. 14 Mac 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  5. ^ (Korea) "'큐브엔터 新아이돌 비투비, 어떻게 생겼나? '얼굴 첫 공개'". Nate. 19 Mac 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  6. ^ (Korea) "데뷔 앞둔 비투비 첫 티저 영상, 에이핑크 박초롱 눈물 연기 화제". Nate. 19 Mac 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  7. ^ (Korea) "비투비 '비밀' 티저 공개, 데뷔앨범부터 더블타이틀 '통큰 스케일'". Nate. 20 Mac 2012. Dicapai pada 1 September 2012.
  8. ^ "BTOB Debut Single Teaser #1 - YouTube". Saluran rasmi YouTube BTOB. 18 Mac 2012(GMT). Dicapai pada 1 September 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "BTOB Debut Single Teaser #2 - YouTube". Saluran rasmi YouTube BTOB. 19 Mac 2012(GMT). Dicapai pada 1 September 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ a b c d (Korea) "Gaon Search - BTOB". Gaon. Dicapai pada 2 September 2012.
  11. ^ "Korea K-Pop Hot 100 Music Chart". Billboard. 2011-08-25. Dicapai pada 14 April 2012. Text "Billboard.com" ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]