Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Institut Perguruan Kota Bharu)
Lompat ke: pandu arah, cari

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) merupakan sebuah institut latihan perguruan di Malaysia. Ia terletak di Pangkalan Chepa, 10 km dari Kota Bharu, Kelantan.

Institut ini ditubuhkan sebagai Maktab Perguruan Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1952 pembinaan MPKB bermula di tanah seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. 1954 MPKB ditubuhkan bagi menggantikan maktab perguruan di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. Kumpulan pertama seramai 150 guru pelatih melapor diri. Tenaga pengajar dari London.

Perasmian pada 11 Ogos 1954 oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac Gillivary.Turut hadir ialah Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan. 1960 turut menerima guru pelatih dari Brunei dan Singapura.

Kursus ditawarkan ialah pendidikan kesihatan, bahasa, seni lukis, kerja tangan , Hisab dan Sains, Sejarah Muzik dan Sains Rumah Tangga dan Geografi.

Tahun 1971-1975 maktab menawarkan kursus bahasa Melayu kepada guru di sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan perempuan dihantar ke Maktab Perguruan Melayu Melaka.[1]

Antara 1984-1990 maktab mengadakan kursus dalam cuti bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh negara. Pada 1990-1991 KBTC menerima peserta KDC kemahiran Hidup bagi guru pelatih. Mulai 1989 MPKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan ekonomi.

Mulai tahun 1991 MPKB mengandalikan Kursus Sijil Perguruan khas (KSPK Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru pelatih dalam dua semester. Mulai 1992 maktab mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) Pengambilan dua kali setahun lima semester dalam bidang pengkhususan Muzik, matematik dan sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus yang sedia ada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan