Nama pena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Nama pena merujuk kepada nama gelaran yang digunakan oleh seseorang pengarang. Nama pena digunakan apabila pengarang tidak mahu menggunakan nama asal mereka dalam karya mereka disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu.

Nama pena sering digunakan pengarang yang tidak ingin dikenali, atau takut terancam sekiranya mereka dikenali. Ancaman ini boleh disebabkan ancaman pengganas, atau ancaman undang-undang seperti dipenjara atau ditahan.

Tun Mahathir bin Mohamad pernah menggunakan nama pena 'Che Det' ketika menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan.