Istana Bandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Bandar

Istana Bandar terletak di Kampung Bandar, Jugra, Selangor,Malaysia. Istana ini asalnya tempat bersemayam Sultan Selangor ketika Jugra menjadi ibu negeri Selangor. [1]

Sultan Selangor ke-5, Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah pernah menetap di sini selama 35 tahun , sejak 1905. Ketika itu ramai pegawai British dan tetamu asing datang ke sini. Di istana ini turut diadakan majlis keramaian dan majlis keagamaan kerana baginda seorang sultan yang amat berpengaruh dan berkuasa .

Istana Bandar ini berhampiran dengan Masjid Sultan Alaeddin dan dicat dengan warna kuning dan putih . Kini , istana ini dijadikan pusat pengajian al Quran dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Senibina istana ini menyerupai senibina Islam India dan Timur Tengah. Pekerja diambil dari China untuk menyiapkan istana ini .Waktu itu Lembah Klang dan Hulu Langat menjadi pengeluar bijih timah yang utama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Istana Bandar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-17. Dicapai pada 2012-04-03.