Jalur Ku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jalur Ku (disebut "kei-yu") ialah sebahagian spektrum elektromagnet dalam julat gelombang mikro frekuensi. Simbol ini bererti "K-under" — dalam erti kata lain, jalur yang betul-betul di bawah jalur K. Dalam aplikasi radar, julat jalur Ku adalah dari 12 hingga 18  GHz menurut takrifan rasmi tatanama jalur frekuensi radar dalam Piawaian IEEE 521-2002. [1][2]

Jalur Ku digunakan terutamanya untuk komunikasi satelit, terutama sekali Satelit Penjejakan dan Geganti Data NASA yang digunakan untuk komunikasi kapal angkasa dan ISS. Satelit jalur Ku juga digunakan untuk angkut balik dan khususnya untuk satelit dari kawasan jauh ke studio rangkaian televisyen untuk suntingan dan penyiaran. Jalur ini dibahagi kepada berbilang segmen yang berbeza mengikut kawasan geografi oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). NBC merupakan rangkaian televisyen pertama yang menaikkan kebanyakan suapan stesen gabungannya melalui jalur Ku pada tahun 1983.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. IEEE Std 521 - 2002 URL hanya boleh dicapai ahli IEEE
  2. Perhatikan bahawa dalam jalur 11.2 - 12 GHz takrifan berfungsi jalur Ku dan jalur X bertindan; jurutera komunikasi satelit biasanya menganggap frekuensi atas 11.2 GHz sebagai sebahagian jalur Ku)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]