James Murdoch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
James Murdoch
James Murdoch.jpg
James Murdoch speaking at a digital media conference
Kelahiran 13 Disember 1972 (42 tahun)
Wimbledon, London, England
Pekerjaan

Chairman and CEO of News Corporation Europe and Asia
Chairman of SKY Italia
Chairman of STAR TV
Non-Executive Chairman of British Sky Broadcasting

Non-Executive Director of GlaxoSmithKline.
Pasangan Kathryn Hufschmid (m. 2000–present)
Anak Anneka (b. 2003)
Walter (b. 2006)

Yakub James Rupert Murdoch (lahir pada 13 Disember 1972) adalah anak kepada tokoh agung media Rupert Murdoch Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Eksekutif News Corporation, Eropah dan Asia. Beliau ditugaskan mengawasi pelbagai aset seperti News International (akhbar-akhbar British) , SKY Italia (televisyen satelit di Itali), Sky Deutschland dan STAR TV (televisyen satelit di Asia).

James Murdoch menjadi Pengarah Lembaga News Coprporation serta pengerusinya.Beliau juga pengerusi bukan eksekutif British Sky Broadcasting , di mana News Corporation mempunyai pegangan minoriti.

Beliau merupakan bekas Naib Presiden News Corporation , pemegang saham yang mengawal BSkyB dan ahli Lembaga Pengarah News Datacom dan News Corporation.

James Murdoch adalah warga Britain kerana lahir di London. Dia juga pemegang kerakyatan Amerika Syarikat. Dia akan hilang kewarganegaraan Australia apabila bapanya menjadi seorang warganegara Amerika Syarikat.

Skandal curi dengar telefon[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Julai 2011 mengumumkan penutupan akhbar tabloid News of the World ekoran Skandal akhbar News of the World godam telefon. Akhbar berusia 168 tahun itu terpaksa ditutup kerana skandal yang memalukan dan berhadapan dengan tuntutan pampasan jutaan ringgit. Edisi terakhirnya ialah pada 10 Julai 2011. Akhbar tabloid itu dicetak 2.3 juta naskhah setiap minggu.[1]

Pada Julai 2011, James Murdorh dan bapanya Rupert Murdoch dihadapkan ke Jawatankuasa Parlimen Britain berhubung tuduhan mencuri dengar perbualan hampir 4000 nombor telefon dan membayar rasuah kepada penyiasat polis bagi mendapatkan berita terkini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]