Rupert Murdoch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rupert Murdoch

Keith Rupert Murdoch, AC, KCSG (lahir di Melbourne pada 11 Mac 1931), lebih dikenali sebagai Rupert Murdoch, adalah raja media warganegara Australia-Amerika Syarikat. Dia adalah pemilik saham utama, pengerusi dan pengarah urusan News Corporation (News Corp).

Bermula dengan surat khabar, majalah dan stesyen televisyen di Australia, Murdoch mengembangkan perniagaan News Corp ke pasaran UK, Amerika Syarikat dan Asia. Dia kini menjadi pelabur utama dalam televisyen satelit, industri filem, internet dan media.

Menurut Forbes 400 (2007), Murdoch adalah warga Amerika Syarikat yang ke-33 terkaya dengan nilai harta sebanyak AS$8.8 bilion[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Forbes.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-18. Dicapai pada 2012-09-18.