Jazmy Juma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jazmy Juma
Kelahiran
Jazmy Khan Bin Juma Khan

(1998-03-20) 20 Mac 1998 (umur 26)
Nama lainJazmy Khan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2020–kini

Jazmy Khan Bin Juma Khan (lahir 20 Mac, 1998; juga dikenali sebagai Jazmy Juma atau Jazmy Khan) ialah seorang pelakon Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis bagi pertandingan ikon pemuda Malaysia Hero Remaja pada tahun 2020.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jazmy dilahirkan pada 20 Mac, 1998 di Ipoh, Perak dan merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau mempunyai darah kacukan Pakistan dan Melayu. Beliau mempunyai kelulusan diploma dalam bidang binaan dan pembangunan. Beliau kini menetap di Puchong, Selangor bersama keluarganya.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, Jazmy menyertai sebuah pertandingan ikon pemuda Malaysia, Hero Remaja musim ke-10. Beliau menyertai pertandingan tersebut kerana ingin mencabar dirinya dalam bidang yang berbeza daripada yang pernah ceburinya sebelum ini. Jazmy serta peserta lain telah dinilai berdasarkan rupa dan kebijaksanaan mereka dari segenap aspek. Beliau juga telah menimba pengalaman berlakon melalui pertandingan tersebut. Jazmy berjaya mengakhiri pertandingan tersebut sebagai salah seorang finalis.

Pada tahun 2021, Jazmy telah memulakan kerjaya lakonannya. Beliau memegang watak Zamir dalam drama Marry Me Senorita yang ditayangkan menurusi Astro Ria.[3][4] Beliau juga memainkan watak pembantu dalam drama Shah Alam 40000 yang disiarkan di TV3.[5]

Pada tahun 2022, Jazmy memegang watak Lans Koperal Nazri dalam drama Kalis Peluru yang ditayangkan melalui TV1.[6][7][8][9] Beliau akan membawakan watak Dauz dalam sebuah filem Malaysia akan datang Pulau.[10] Beliau kini menjalani penggambaran untuk drama televisyen TV Okey yang akan datang Julia Arina di mana beliau memainkan watak Adam Heykal.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Pulau Dauz

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Marry Me Senorita Zamir Astro Ria
Shah Alam 40000 TV3
2023 Kau Yang Bernama Seri Taufiq Awesome TV Sitkom
Julia Arina Adam Heykal TV Okey
Kalis Peluru Lans Koporal Nazri TV1
Aku Hanim Syakir Astro Ria
Cik Lang Swe Hafiz Tonton
Jangan Lupa Janji Mikael Astro Ria
The Cadets Syed Astro Ceria

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Hero Remaja Dirinya sendiri Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]