Astro Ceria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Astro Ceria
Astro ceria.jpg
Tarikh pelancaran 31 Ogos 2006 (Malaysia)
Tarikh penutupan 20 Oktober 2008 (Indonesia)
Pemilik Astro
Cogan kata Untuk Kita Aje!
Negara Indonesia Indonesia, Malaysia Malaysia
SingapuraSingapura
Cakupan siaran Brunei Brunei Darussalam, Indonesia Indonesia, Malaysia Malaysia, SingapuraSingapura
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Pernah dikenali Ceria TV (1990-2000) nama di Malaysia (Fine TV), XPLOED Kids (2000-2005) nama di Malaysia (Fine TV) selepas itu diberhentikan dan diperkenalkan di Astro
Laman web www.astro.com.my/ceria
Ketersediaan
Satelit
Astro Saluran 611
Astro Nusantara Saluran 10 (Diberhentikan)
Kristal-Astro Saluran 611
IPTV ke atas ADSL
SingapuraMio TV Saluran 239 (Akan Datang pada akhir 2013)
Logo lama Astro Ceria

Astro Ceria merupakan saluran televisyen bahasa Melayu 24 jam yang terdapat dalam perkhidmatan televisyen satelit Astro. Saluran ini mensasarkan golongan kanak-kanak sebagai penonton saluran ini. Ia dilancarkan pada 31 Ogos 2006, menjadikan ia saluran televisyen pertama di Malaysia yang mengkhususkan golongan kanak-kanak.

Semua rancangan Astro Ceria diambil daripada pelbagai negara yang mana melibatkan kartun berbahasa Inggeris, Melayu, dan Indonesia. Namun, terdapat beberapa rancangan Astro Ceria yang asalnya disiarkan di Sepanyol tetapi terjemahannya masih dikawal. Penonton boleh menonton kartun Astro Ceria meliputi dua bahasa; bahasa Melayu, yang mana ia menjadi bahasa keutamaan bagi semua rancangan Astro Ceria atau bahasa asal sesuatu program disiarkan. Sarikata tidak terdapat di Astro Ceria buat masa ini.

Astro Ceria telah menganjurkan beberapa aktiviti untuk golongan kanak-kanak bagi menambahkan populariti antara stesen televisyen yang lain. Pertandingan maraton Run for Fun anjuran Astro Ceria telah diadakan antara bulan Februari hingga April dan kini diberhentikan.

Saluran ini boleh ditonton di Malaysia di saluran 611. Selain itu, saluran ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan Astro Nusantara di Indonesia di saluran 10.

Ranking[sunting | sunting sumber]

Astro Ceria menjadi saluran kanak-kanak no.1 di Malaysia meskipun hanya setahun pelancaran salurannya.

Senarai rancangan[sunting | sunting sumber]

Segmen Jom Borak dalam Tom Tom Bak diacarakan Aznil Nawawi

Toon Toon Toon

Toon Blast


Ceria Ha Ha

Riang Ria Ahad Ceria

Panggung Ceria

Nota 1:Program yang dicetaktebal dan disengetkan ialah rancangan yang dihasilkan oleh Astro .

Rancangan akan datang[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]