Jeff Reine-Adélaïde

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeff Reine-Adélaïde
Reine-Adélaïde beraksi untuk Arsenal pada 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Jeff Jason Reine-Adélaïde[1]
Tarikh lahir (1998-01-17) 17 Januari 1998 (umur 26)[2]
Tempat lahir Champigny-sur-Marne, Perancis
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lyon
Nombor 17
Kerjaya remaja
2004–2006 Champigny FC 94
2006–2010 US Torcy
2010–2015 Lens
2015–2016 Arsenal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2018 Arsenal 0 (0)
2018Angers (pinjam) 10 (0)
2018–2019 Angers 36 (4)
2019– Lyon 14 (2)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B16 1 (0)
2014–2015 Perancis B17 10 (1)
2015–2016 Perancis B18 8 (1)
2016–2017 Perancis B19 9 (0)
2018 Perancis B20 1 (0)
2018– Perancis B21 16 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 06:53, 15 Disember 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019

Jeff Jason Reine-Adélaïde (lahir 17 Januari 1998) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Ligue 1, Lyon. Beliau juga merupakan pemain antarabangsa pasukan bawah-21 Perancis.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Arsenal[sunting | sunting sumber]

Reine-Adélaïde telah memulakan kariernya di kelab Lens dengan beraksi untuk kelab remaja dan pasukan simpanan Lens. Beliau kemudiannya dimasukkan ke dalam skuad utama Lens tetapi tidak beraksi pada aksi menentang Metz pada 18 April 2015.[3] Selepas musim itu, Reine-Adélaïde menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Beliau memulakan kempen bagi musim 2015-16 dengan beraksi dalam perlawanan Piala Emirates menentang Lyon sebelum beliau mendapat pujian daripada para penyokong dan pakar bola sepak.[4]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Arsenal pada 9 Januari 2016 ketika menentang Sunderland dalam saingan Piala FA Inggeris. Beliau beraksi sebagai pemain gantian selepas menggantikan Joel Campbell sebelum kemenangan 3-1 diraih Arsenal.[5]

Reine-Adélaïde telah beraksi untuk Arsenal dalam memenangi perlawanan akhir play-off Liga Perdana B21 pada tahun 2016. Kemenangan ini telah melayakkan skuad Gunners ke divisyen pertama liga bawah-21 tahun.[6]

Adélaïde melakukan enam penampilan bersama skuad utama Arsenal semasa musim 2016-17. Antara penampilannya ialah ketika perlawanan suku akhir Piala FA menewaskan Sutton United. Selepas beliau mewakli pasukan bawha-23 Arsenal menentang Reading, Adélaïde telah mengalami kecederaan yang memaksanya untuk direhatkan sehingga penghujung musim.[7]

Angers[sunting | sunting sumber]

Adélaïde telah menyertai kelab Ligue 1, Angers secara pinjaman untuk saki-baki musim 2017–18 pada 31 Januari 2018.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Angers sebagai pemain gantian dalam aksi kekalahan 4-0 kepada Monaco pada 10 Februari 2018. Beliau kembali semula ke Arsenal selepas tempoh pinjamannya berakhir pada 1 Julai 2018.

Pada 26 Julai 2018, Angers menandatangani Adélaïde dari Arsenal dengan bayaran yang tidak didedahkan dalam konrak selama empat tahun.[9] Beliau telah menyarung jersi nombor 22 untuk menghadapi musim 2018-19.

Lyon[sunting | sunting sumber]

Olympique Lyonnais telah mengumumkan bahawa pihak kelab telah menandatangani Adélaïde pada 14 Ogos dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dari Angers bersertakan nilai perpindahan sebanyak 25 juta euro termasuk bonus bernilai 2.5 juta euro.[10]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 15 Disember 2019.[11]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
England Arsenal 2015–16 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
2016–17 0 0 3 0 3 0 0 0 6 0
2017–18 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 5 0 3 0 0 0 0 0 8 0
Perancis Angers 2017–18 10 0 0 0 0 0 10 0
2018–19 35 3 1 0 0 0 36 3
2019–20 1 1 0 0 0 0 1 1
Jumlah 46 4 1 0 0 0 47 4
Perancis Lyon 2019–20 14 2 0 0 0 0 5[b] 0 19 2
Jumlah kerjaya 60 6 6 0 3 0 5 0 0 0 74 6

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Perancis B17

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players under Written Contract Registered Between 01/07/2018 and 31/07/2018" (PDF). The Football Association. m/s. 31. Dicapai pada 2 February 2019.
  2. ^ "Jeff Reine-Adélaïde: Overview". Premier League. Dicapai pada 1 September 2019.
  3. ^ "Metz 3–1 Lens". Soccerway.
  4. ^ Winehouse, Amitai (21 November 2015). "Who is Arsenal starlet Jeff Reine-Adelaide?". Telegraph. Dicapai pada 28 December 2015.
  5. ^ "Arsenal vs. Sunderland". Soccerway.
  6. ^ "Arsenal's Chris Willock gives masterclass as Under-21s are promoted to Division One". Metro.co.uk.
  7. ^ "Arsenal ace picks up season-ending injury". Express.co.uk.
  8. ^ "Jeff Reine-Adelaide joins Angers on loan from Arsenal". Sky Sports. Dicapai pada 31 January 2018.
  9. ^ "A Gunner at Angers SCO". Angers SCO. Dicapai pada 26 July 2018.
  10. ^ "Jeff Reine-Adélaïde à l'OL jusqu'en 2024". Olympique Lyonnais. Dicapai pada 16 August 2019.
  11. ^ Biodata Jeff Reine-Adélaïde di Soccerway
  12. ^ "Eduoard treble gives France second U17 title". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 5 March 2020.
  13. ^ "Ligue 1 : Jeff Reine-Adélaïde (OL) élu joueur du mois de novembre". lequipe.fr. L'Équipe. 19 December 2019. Dicapai pada 5 March 2020.
  14. ^ "Team of the Tournament". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 20 July 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]