Jeremy Little

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeremy Little
Kelahiran
Jeremy bin Ahmad Maikel

(1983-03-09)9 Mac 1983
Meninggal dunia8 April 2014(2014-04-08) (umur 31)
Sebab kematianLeukemia
WarganegaraMalaysia-England
Nama lainJermz
PekerjaanPemuzik, usahawan, penerbit filem
Tahun aktif1999–2014
Terkenal keranapengasas bersama Laguna Music
Ibu bapa
  • Rosnah Mohamad (ibu)
  • Mick Little (bapa)
SaudaraJeffrey Little (abang)

Jeremy Ahmad Maikel atau dikenali sebagai Jeremy Little (9 Mac 1983 - 8 April 2014) merupakan seorang penerbit muzik, penerbit filem dan ahli perniagaan Malaysia peranakan Melayu dan Inggeris.[1][2] Beliau merupakan salah seorang pengasas dan ahli kumpulan Prana yang mana beliau merupakan pemain meja pusingnya, bersama abangnya, Jeffrey yang merupakan pemain dram. Bersama kumpulan ini, beliau merakamkan tiga album - Have A Nice Jay Walk (2001), Greenhouse Effect (2003) dan Disc 03 (2005).

Dilahirkan di England kepada bapa berketurunan Inggeris dan ibu berbangsa Melayu, Jeremy bersama abangnya, Jeffrey Little menubuhkan syarikat rakaman Laguna Music pada 2002 yang menaungi Seven Collar T-Shirt, Estrella, Pure Vibracion dan Guba Rawantas. Dua beradik ini juga mengendalikan studio rakaman mereka, Greenhouse Studio di Ampang, Selangor di mana Jeremy mengetuai pengurusan artis dan perjanjian pengedaran, manakala abangnya mengendalikan penerbitan studio.

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang perfileman menerusi Flux Visual Lab, yang ditubuhkan pada 2010 dan merupakan salah seorang daripada penerbit filem KIL arahan Nik Amir Mustapha lakonan Cristina Suzanne dan Redza Minhat yang menggondol empat pencalonan Anugerah Skrin 2013.

Jawatan terakhir yang disandang oleh Jeremy sebelum kematianmya ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios Sdn. Bhd yang mana beliau dilantik pada Januari 2014. Beliau meninggal dunia pada usia 31 tahun pada 8 April 2014 semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi selepas sekian lama bertarung dengan penyakit leukemia. Majlis tahlil beliau diadakan pada 10 April 2014 di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.[3][4]

Jawatan beliau sebagai CEO Tune Studios digantikan oleh anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brianne Aeria (25 Oktober 2016). A Band’s Final Tribute Red Bull. Dicapai pada 25 Oktober 2016.
  2. ^ Joanna Renisa (19 April 2015). Remembering Jeremy Little Daily Seni. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  3. ^ Jeremy Little: Musician, producer, entrepreneur passes away in Mecca The Star Online (9 April 2014). Dicapai pada 12 Jun 2014.
  4. ^ Malaysian Tune Studios CEO Jeremy Little passes away The Hive Asia (9 April 2014). Dicapai pada 10 Julai 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]