Redza Minhat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Redza Minhat
Redza sebagai Akil dalam filem KIL.
Kelahiran
Shahredza bin Minhat

(1980-10-01) 1 Oktober 1980 (umur 43)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Multimedia (MMU)
PekerjaanPenulis skrip, pelakon, model, penganalisa pelaburan
Tahun aktif2003–kini
Terkenal kerana

Shahredza Minhat (lahir 1 Oktober 1980) merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan Malaysia. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.[1]

Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang.[1] Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi bidang penulisan skrip sejak menuntut di sekolah menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar[3] dan pernah memenangi anugerah di Festival Teater Malaysia menerusi naskhah pertamanya, Tat Nenas.[1] Selepas itu, beliau menubuhkan syarikat Aroma Teater Works bersama rakan-rakannya dengan menggunakan hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 yang diterimanya di Festival Teater Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah membuat teater tanpa bayaran sekitar tahun 2003/2004. Teater itu hanya dihadiri oleh enam orang penonton.[1]

Beliau telah berjaya menjadi graduan dalam pengajian perniagaan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan menghasilkan naskhah termasuklah Gadis Jalan Burmah, Toast dan I Lost The Plot. Beliau juga menceburi dunia lakonan menerusi teater pertamanya, Otak Tak Center. Melalui teater itu, beliau mengenali Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah filem dan drama. Selepas itu, Bernard mempelawanya untuk berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Gol & Gincu The Series dan Goda.[1]

Beliau pernah mengikuti bengkel teater Shakespeare yang diadakan secara percuma di Menara Duta, Sri Hartamas pada setiap Rabu dan Sabtu. Bengkel itu dikendalikan oleh guru teater yang bernama Chris Jacob.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Redza merupakan seorang anak yatim seawal umur tiga tahun apabila bapanya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia telah dibesarkan oleh ibunya.[4]

Beliau telah merancang majlis perkahwinannya sejak 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Pada 17 Jun 2011, akhirnya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Aidira Khaidir, iaitu "junior"nya ketika menuntut di Universiti Multimedia. Beliau telah mengenali isterinya sejak 10 tahun yang lepas ketika mereka bersama-sama menyertai pementasan teater. Majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah.[5]

Pada 7 Mac 2012, isteri beliau telah melahirkan anak pertama mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur[6] dan bayi tersebut diberi nama sebagai Ali. Ali dilahirkan pada pukul 2.13 petang dengan berat sebanyak 3.36 kilogram.

Pada 19 Mac 2017, isteri beliau telah melahirkan anak kedua mereka dan diberi nama Kurnia Amelie.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Catatan Hasil
2004 Persembahan Terbaik Beliau telah memenangi kategori ini bersama Megat Sharizal melalui karya Tat Nenas. Kategori ini dicalonkan melalui Festival Teater Malaysia 2004.[7] Menang
2010 Pelakon Harapan Lelaki Kategori ini dicalonkan melalui Festival Filem Malaysia 2010. Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2010. Tercalon
2013 Best On-Screen Chemistry Award Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Cristina Suzanne hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh Shout! Awards 2013.[8] Tercalon
Hot Guy Award Anugerah ini diterimanya buat pertama kali oleh Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[8] Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Kategori ini dicalonkan melalui Anugerah Skrin 2013. Tercalon

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Pisau Cukur Faqir
2013 KIL Akil / Kil
2014 Terbaik dari Langit Penonton Pawagam 1 Juga sebagai penulis
2016 Interchange Sebagai penulis
2018 Orang Itu Din
2019 Motif IIham (suara)
2023 Imaginur Sebagai penulis

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2011 Lightbulb[9] Penyiasat Flux Visual Lab
2012 Pasport Ekspres[10] Narrator Red Films
Lupa![11] Playground Productions
2018 Kopi Tonton

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Aku, Dia dan Tong Sampah Pengacara majlis TV9
2013 90 Hari Bani
2015 Aku, Dia & Tong Gas Kameo
2017 Kekasih Elektrik Amri Astro Citra
Gadis Kosmos

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005 Gol & Gincu The Series 8TV
2008 Goda
2018 Folklore HBO Asia Episod: "Toyol"

Program realiti televisyen bersiri[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan Terbitan
2012 Hot Guys Who Cook (Musim 1 ; Episod 6) Redza Minhat Diva Universal Dalam rancangan ini, beliau telah menyediakan masakan yang ringkas iaitu mi segera. Antara bahan yang beliau gunakan termasuklah telur, bawang, bawang putih, cili, lobak merah dan sayur-sayuran berdaun dan satu lagi bahan yang dirahsiakan olehnya. Hidangan ini dianggap sebagai cara paling mudah untuk menikmati satu hidangan lengkap dengan adanya daging dan sayur-sayuran.[12] Diva Universal
2013 The Disko Baldi Show Pelbagai 8TV Rancangan ini memaparkan pelbagai isu sosial yang diselitkan dengan jenaka di atas pentas.[13] PhuturePhlow Films

Iklan komersial[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan Terbitan
2011 Diva Universal Raya Promo Akil Beliau telah berlakon bersama Cristina Suzanne untuk iklan yang bertemakan hari raya oleh Diva Universal.[14] Diva Universal
2012 PETRONAS 2012 Deepavali Erman Beliau membuat ucapan khas sempena perayaan Deepavali.[15][16] Petronas
Strangers Beliau menjalankan proses penggambaran di Uzbekistan yang bertemakan hari raya serta ditaja oleh Petronas.[17]

Teater[sunting | sunting sumber]

Terdapat sesetengah persembahan yang beliau tidak berlakon dan hanya menjadi penulis skrip.[2][18]
Tajuk Anjuran
Tat Nenas AROMA Theatre Works
Kelab Malam AROMA Theatre Works
Romeo & Juliet UM
Tunku Kudin UM
Bercakap Dengan Pria AROMA Theatre Works
Otak Tak Center Dramalab
Coffee & Toast! Dramalab
Gadis Jalan Burmah Dramalab / The Actor's Studio
I Lost The Plot Dramalab
ALLAH! The Actor's Studio
Wacky Bar PJ Live Arts
Rancangan Harijadi Terhebat Adli The Actor's Studio
RPT: Scandalicious Issue PJ Live Arts
Medea The Actor's Studio
Money Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Energia Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Serangan Zombi Pertama di Kuala Lumpur The Actor's Studio
KLUE, DOH! PJ Live Arts
Projek Disko Baldi Dreams PJ Live Arts
Projek Disko Baldi in Love PJ Live Arts

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Siti Azira Abdul Aziz (19 November 2009). "Dua 'Dunia' Redza Minhat". The Star. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  2. ^ a b "Basic Info : Playground Productions". Facebook. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  3. ^ Dennis Chua (1 Jun 2013). "SHOWBIZ: Cristina's silver screen debut". New Straits Times. Dicapai pada 3 Disember 2013.
  4. ^ http://poskod.my/features/im-coming-redza-minhat/
  5. ^ Sudyr (8 Disember 2011). "Redza Minhat Sudah Kahwin 5 Bulan Lepas". Media Hiburan. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  6. ^ Sudyr (7 Mac 2012). "Isteri Redza Minhat Selamat Lahirkan Bayi Lelaki". OHBULAN!. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  7. ^ "Pelakon "Banduan Akhir di Sel Akhir": Tuan "Tapai" Faisal". Blogger. 23 September 2010. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  8. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (19 Oktober 2013). "Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 30 November 2013.
  9. ^ Rewan Ishak (2011). LIGHTBULB - Short Film (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Flux Visual Lab. Dicapai pada 2 Disember 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Rewan Ishak (2012). SHORT FILM: PASPORT EKSPRES (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Red Films. Dicapai pada 2 Disember 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ KL48HourFilm (2012). Lupa! (Official Trailer) (dalam bahasa Inggeris). Playground Productions. Dicapai pada 8 Februari 2014.
  12. ^ "Show Guide : Episodes". Diva Universal (Asia). Dicapai pada 3 Disember 2013.
  13. ^ projekdiskobaldi (2013). The Disko Baldi Show, Sundays, 10.30pm, 8TV (dalam bahasa Inggeris & Melayu). PhuturePhlow Films. Dicapai pada 8 Februari 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Rewan Ishak (2011). DIVA UNIVERSAL iklan raya 2011 (dalam bahasa Melayu). Diva Universal (Asia). Dicapai pada 2 Disember 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ PETRONASOfficial (2012). PETRONAS 2012 Deepavali Group Audition (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Petronas. Dicapai pada 8 Februari 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ PETRONASOfficial (2012). PETRONAS Deepavali 2012 Greetings: Erman (dalam bahasa Inggeris & Melayu). Petronas. Dicapai pada 8 Februari 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ PETRONASOfficial (2012). Strangers (dalam bahasa Inggeris dan Melayu & Uzbek). Petronas. Dicapai pada 2 Disember 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Hanisah Selamat (7 Julai 2011). "Kepuasan Main Dalam Stor". Berita Harian. Dicapai pada 3 Disember 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]