Julian Assange

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Julian Assange
Julian Assange (Norway, March 2010).jpg
Julian Assange, pada Mac 2010
Kelahiran 3 Julai 1971 (43 tahun)[1][2]
Townsville, Queensland, Australia
Warganegara Australia
Pekerjaan Kini
Ketua penyunting dan jurucakap WikiLeaks
Dulu
Wartawan, pengaturcara, penggodam Internet
Ahli lembaga WikiLeaks
Anak Daniel Assange[3]
Anugerah Amnesty International UK Media Awards 2009, Sam Adams Award 2010

Julian Paul Assange (lahir 3 Julai 1971) adalah wartawan internet warga Australia yang terkenal dengan tapak web bocor rahsia kerajaan WikiLeaks dan tapak web Whistleblower. Beliau adalah pelajar fizik dan bijak dalam matematik, seorang penggodam dan pengaturcara komputer.

Pada 30 November 2010, Interpol meletakkan Assange dalam notis merah orang dikehendakinya, atas dakwaan salah laku seks.[4][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Akhbar The New Yorker menyatakan Assange dilahirkan di Townsville, Queensland, pada tahun 1971. Dia pernah disiasat oleh polis Australia kerana aktiviti menggodam dan menceroboh data komputer orang lain melalui internet. Identitinya sama dengan "Mendax" iaitu orang yang diburu oleh polis Australia. Dia sering menguji kelemahan sistem komputer universiti Australia dan syarikat telekomunikasi Kanada Nortel melalui modem.

Dia menetap lama di Australia, Kenya dan Tanzania. Selain itu, dia juga pernah melawat Vietnam, Sweden, Iceland, Siberia, Iraq, Belgium dan Amerika Syarikat. Pada 30 Mac 2010, dia menyewa rumah di Iceland.

WikiLeaks[sunting | sunting sumber]

Julian Assange pada 2006

WikiLeaks ditubuhkan pada 2006 bersama 9 orang ahli. Assange adalah sukarelawan yang tidak dibayar. Pada 2009, beliau menerima anugerah media baru yang diberikan oleh Amnesty International kerana menyiasat dan mendedahkan pembunuhan kejam di Kenya. [5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]