Juno (kapal angkasa)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Juno
Juno di Musytari
Konsep artis Juno di Musytari
Pengendali NASA
Kontraktor utama Lockheed Martin Corporation
Jenis misi Pengorbit
Lintas terbang Bumi
Satelit kepada Musytari
Tarikh Masuk Orbit Ogos 2016[1]
Orbit 33
Tarikh Berlepas Ogos 5, 2011 (2011-08-05)[1]
Kenderaan Pelancar Atlas V 551 (AV-029)
Kawasan Pelancaran SLC-41, Cape Canaveral, Florida
Tempoh misi 6 tahun Bumi (perjalanan: 5 tahun, sains: 1 tahun)
ID COSPAR JUNO
Laman web SWRI, NASA
Jisim 3,625 kilograms (7,992 lb)[1]
Bateri Dua 55 amp/jam Li-ion[2]
Unsur orbital
Keadaan Kutub
Periapsis 4,300 kilometers ([convert: unknown unit])
Peralatan
Peralatan utama MWR, JIRAM, FGM, ASC, JADE, JEDI, WAVES, UVS, JunoCam
Peleraian pengimejan (JunoCam) 15 kilometer / piksel

Juno adalah misi Perbatasan Baru NASA ke Musytari. Ia pada awalnya dicadangkan untuk pelancaran pada Jun 2009, dengan kos sebanyak AS$700 juta. Kekangan belanjawan bagaimanapun menunda misi ini ke Ogos 2011, dengan kos dijangka mencecah $1.1 bilion keseluruhannya.[3] Juno akhirnya dilancarkan daripada Pusat Angkasa Kennedy pada 5 Ogos 2011.[4]

Kapal angkasa itu akan diletakkan di orbit kutub untuk mengkajikan komposisi, medan graviti, medan magnet dan magnetosfera kutub Musytari. Juno akan juga mengkaji angin Musytari dan mencari untuk petunjuk bagaimana Musytari terbentuk. Soalan-soalan khusus yang berkaitan dengan asal planet dalam Sistem Suria termasuklah sama ada Musytari mempunyai teras batu-bata, kehadiran air dalam atmosfera, dan bagaimana jisim planet itu teragih.

Juno menjadi misi Musytari pertama yang menggunakan panel suria berbanding penjana termoelektrik radioisotop (RTG) yang digunakan Pioneer 10, Pioneer 11, program Voyager, Cassini–Huygens dan Galileo. Walaupun ketika dalam orbit Musytari Juno akan cuma mendapat 4% cahaya matahari berbanding di Bumi,[2] kemajuan teknologi dan kecekapan sel suria dekad-dekad kebelakangan ini menjadikan panel suria dengan saiz praktikal sesuatu yang mungkin sebagai sumber kuasa di jarak sejauh 5 AU daripada Matahari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Juno Mission to Jupiter". NASA. 04/09. ms. 2. Diperoleh pada 5 April 2011. 
  2. 2.0 2.1 "Juno Spacecraft Information – Power Distribution". Spaceflight 101. 2011. Diperoleh pada 6 Ogos 2011. 
  3. Cureton, Emily Jo (June 9, 2011). "Scientist with area ties to study Jupiter up close and personal". Big Bend Now. Diperoleh pada July 17, 2011. 
  4. Marcia Dunn. "NASA probe blasts off for Jupiter after launch-pad snags". MSN. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]