Voyager 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Voyager 1
Sebuah kuar angkasa lepas
Kapal angkasa lepas Voyager
Pengendali NASA / JPL
Jenis misi Lintas terbang
Lintas terbang Musytari, Zuhal
Tarikh Berlepas 1977-09-05 12:56:00 UTC
(35 tahun, 8 bulan dan 21 hari lalu)
Kenderaan Pelancar Titan IIIE / Centaur
Kawasan Pelancaran Space Launch Complex 41
Cape Canaveral Air Force Station, Florida, Amerika Syarikat
Tempoh misi

Sedang dijalankan (misi antara najam)
(34 tahun, 4 bulan dan 22 hari berlalu)

bertemu Musytari
(dicapai 1979-04-13)
bertemu Zuhal
(dicapai 1980-12-14)
ID COSPAR 1977-084A
Laman web Tapak web Voyager NASA
Jisim 721.9 kg (1,592 lb)
Kuasa 420 W (3 RTG)

Kapal angkasa lepas Voyager 1 ialah kuar angkasa lepas 722 kilogram (1,592 lb) yang dilancarkan oleh NASA pada 1977, untuk mengkaji Sistem Suria luar dan medium antara najam. Dilancarkan pada 5 September, kapal angkasa ini menerima arahan rutin dan menghantar data kembali melalui Deep Space Network. Dengan jarak sejauh 120 unit astronomi (1.8x1010 km) setakat Februari 2012,[1] ia merupakan object buatan manusia terjauh dari Bumi. Voyager 1 kini berada dalam heliosalut, iaitu lapisan terluar heliosfera. Pada 15 Jun 2012, ahli sains NASA melaporkan yang Voyager mungkin berada sangat dekat untuk memasuki angkasa lepas antara najam dan menjadi objek buatan manusia pertama meninggalkan Sistem Suria.[2][3]

Sebagai sebahagian daripada program Voyager, bersama dengan kapal kembarnya Voyager 2, kapal angkasa ini dalam misi lanjutan, ditugaskan mencari dan mengkaji sempadan Sistem Suria, termasuk lingkaran Kuiper, heliosfera dan ruang angkasa lepas antara najam. Misi utamanya tamat pada 20 November 1980, selepas melawati sistem Musytari pada 1979 dan sistem Zuhal pada 1980. Ia merupakan kuar angkasa lepas pertama menangkap imej terperinci dua planet terbesar Sistem Suria dan bulan mereka.

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. Voyager 1, Where are the Voyagers - NASA Voyager 1
  2. Jonathan Amos. "Particles point way for Nasa's Voyager", BBC News, 15 Jun 2012. Dicapai pada 15 Jun 2012. 
  3. Timothy Ferris (Mei 2012). "Timothy Ferris on Voyagers' Never-Ending Journey". Majalah Smithsonian. http://www.smithsonianmag.com/science-nature/Timothy-Ferris-on-Voyagers-Never-Ending-Journey.html. Capaian 15 Jun 2012. 

Pautan luar [sunting]

Wikimedia Commons logo Media berkenaan Voyager 1 di Wikimedia Commons.

Templat:Program Voyager

Templat:Kapal angkasa Zuhal