KRI Monginsidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

KRI Monginsidi (343) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget peronda buatan Amerika Syarikat pada tahun 1958.

Ia dibersarakan pada Jan 2003.

Persenjataan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Mongisidi milik Indonesia merupakan kapal friget peronda . KRI Mongisidi memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Mongisidi dibina oleh Avondale Marine, Westwego, LA, sebagai USS Claud Jones (DE 1033). Ia dilancarkan pada 1959, sebelum dibaikpulih pada tahun 1974 di Subic Bay bagi kegunaan tentera laut Indonesia.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Samadikun, KRI Martadinata, KRI Monginsidi, dan KRI Ngurah.

KRI Mongisidi mempunyai 171 orang anak kapal termasuk pegawai.

Kapal KRI Mongisidi sepanjang 95.1 m; 11meter * 3.7meter ( 312kaki panjang * 38.9kaki * 12.1kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 20 knot. KRI Mongisidi mempunyai seseran 1,970 tan penuh.

Torpedo & peluru berpandu[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Mongisidi dilengkapi dengan tiga tiub torpedo 12.75 inci berkembar.

Meriam[sunting | sunting sumber]

Meriam utama kapal perang KRI Mongisidi yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal 76.2 mm/50 kaliber yang menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.

Penangkis / langkah balas[sunting | sunting sumber]

Pengesan[sunting | sunting sumber]

KRI Mongisidi memiliki radar pengesan carian udara SPS-6E 2-D.

Selain itu, KRI Mongisidi juga dilengkapi dengan sistem sonar EDO 786; SQS-45(V); SQS-39(V); SQD-42(V) yang dipasang pada badan kapal.

Tujahan[sunting | sunting sumber]

Kapal KRI Mongisidi mempunyai empat enjin disel disambung kepada kotak gear yang menghasilkan 7,000 bph secara berterusan dengan satu gandar dan mampu bergerak pada kelajuan 20 knot.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]