Kamarul Ariffin Mohamed Yassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin adalah ahli politik UMNO , penerbit filem Yassin dan pernah menjadi pengerusi Bank Bumiputera dan puluhan syarikat lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin , Labis,Johor adalah sempena nama beliau.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayahnya Mohd Yassin Salleh, seorang aktvis dari Persatuan Melayu Pahang , askar Wataniah dan Persekutuan Guru-Guru Melayu Pahang.[1]

Anak perempuannya Noraini Jane berkahwin dengan kerabat diraja Perak Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah iaitu anak kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 26 September 1991. Noraini Jane pernah berlakon filem Jasmin 1984 dan 1986 dan dapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1984 . Cucunya Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Tengah Perak) pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara.Cucunya yang lain ialah Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kamarul Ariffin dilahirkan pada 12 Ogos 1934 di Pahang. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Chatin, Mentakab, Pahang. Beliau belajar di Koto-ko-Gakko semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu (1941-1945); Sekolah Abu Bakar aliran Inggeris (1945) sehingga darjah tertinggi yang ada ketika itu, iaitu darjah enam (Form 2 sekarang). Oleh kerana beliau ingin meneruskan pelajaran, maka beliau memohon tempat di Victoria Institution, Kuala Lumpur (1951-1954).

Semasa komunis, beliau menyaksikan ayahnya dibicarakan oleh ‘mahkamah rakyat' atau ‘mahkamah kangaroo' yang ditubuhkan oleh Pasukan Bintang Tiga] pada September 1945 menyebabkan beliau tertarik melanjutkan pelajaran ilmu undang-undang. Keluarganya menghantar beliau belajar di England .Ayahnya meninggal pada 1956 menyebabkan beliau terpaksa bekerja sepenuh masa dan mengumpul wang sambil belajar. Akhirnya beliau lulus peperiksaan dan diterima sebagai Barrister-at-Law.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke Malaysia pada 1961 dan bekerja sebagai pengamal undang-undang di Shearn, Delamore & Co. sebelum membuka firma guaman Ariffin & Ooi pada 1965. Pejabat guaman ini terletak di Tingkat 5, Bangunan Bank Bumiputera, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Pada 1976, beliau ditugaskan mengetuai Bank Bumiputra Berhad dan pada Mac 1982 beliau melepaskan jawatan Pengerusi Eksekutif setelah Bank Bumiputera menjadi bank terbesar di rantau Asia Tenggara dan saham-sahamnya dipindah milik dari kerajaan kepada Permodalan Nasional Berhad seperti dikehendaki menurut resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama pada 1965. Selepas beliau , Datuk Nawawi Mat Awin dari Tambun menjadi pengerusi Bank Bumiputera. Skandal BMF meletup setelah pembunuhan Abdul Jalil Ibrahim pegawai kewangan Bank, di Hong Kong pada 1983. Pembelian bangunan Gammon House amat menjengkelkan.

Kamarul dilantik menganggotai Majlis Perunding Negara (semasa tiadanya Parlimen apabila kacau bilau berlaku pada 13 Mei 1969). Beliau juga dilantik sebagai Senator Dewan Negara selama sepuluh tahun.

Skandal BMF[sunting | sunting sumber]

Skandal Bumiputera Malaysia Finance berlaku di Hong Kong pada 1983 apabila pegawai penyiasat kewangan dari Kuala Lumpur pergi ke sana. Identiti BMF tidak dapat dipastikan sebagai jabatan atau sebagai cawangan bank terdiri. Kamarul Ariffin telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bank Bumiputera pada Mac 1982 . Beliau mendakwa pengarah-pengarah BMF yang berada dalam Lembaga Pengarah Bank Bumiputera tidak pernah menimbulkan apa-apa berkaitan urusan pemberian pinjaman tersebut dalam mana-mana mesyuarat lembaga pengarahnya. Antaranya ialah Lorrain Esme Osman (Pengarah Bank Bumiputera dan Pengerusi BMF) dan Datuk Hashim Shamsuddin (Pengarah Eksekutif Bank Bumiputera dan Pengarah BMF). Jawatankuasa Siasatan dengan 3 anggota telah dilantik bagi menyiasat skandal memberi pinjaman berlebihan kepada syarikat milik George Tan , Carrian Group . Ketua Audit Negara, Tan Sri Ahmed Noordin menjadi pengerusi dan dianggotai oleh 2 orang professional yang terhormat. Laporan akhir dibentangkan pada 1985. Beberapa tansaksi melibatkan Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman; Datuk Hashim Ibrahim, Pengarah Eksekutif Bank Bumiputera merangkap Pengarah BMF; Pengarah BMF, Dr. Rais Saniman; Pengurus Besar BMF Ibrahim Jaafar; dan dua lagi pengarah BMF iaitu Henry Chan dan Eric Chow. Tiada seorangpun rakyat Malaysia yang dipenjarakan.[2]

Aktiviti persatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan dan juga Asean ; Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia ; Pengerusi Majlis Bank Asean ; Pengerusi pertama Majlis Perunding Kebangsaan berkenaan Kebudayaan ; Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Parlimen Commonwealth ; Ahli Bebas Mahkamah Timbangtara Industri ; Ahli Bebas Dana Simpanan Wang Pekerja (EPF) ; dan Ahli Capital Issues Committee (sebelum tertubuhnya Suruhanjaya Sekuriti).

Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka ; Pengerusi kepada puluhan syarikat berhad yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Beliau juga pernah menjadi penasihat undang-undang kepada beberapa pertubuhan, universiti dan individu terkemuka .

Beliau juga menjadi ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1972-2004) Kamarul Ariffin memang cenderung kepada seni tampak sejak berada di [[England] dan banyak berkunjung ke semua galeri dan muzium terkemuka di serata dunia.


Di peringkat dunia, beliau telah dipilih menjadi Presiden CIOS atau Institut Perguruan Dunia dan Pengerusi Majlis Pengakap Dunia yang beribu pejabat di Geneva. [3]

Filem Yassin[sunting | sunting sumber]

Kamarul Ariffin menjadi penulis dan pengarah filem Yassin yanfg diterbitkan pada `1988. Filem ini berdasarkan kisah bapanya yang dibicarakan di 'mahkamah kanggaroo' Parti Komunis Malaya semasa berkuasa selama 14 hari pada hujung tahun 1945. [4]

Filem lain arahanya ialah Ranjau Sepanjang Jalan yang diadaptasi dari novel karya Shahnon Ahmad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tun Abdul Razak, bapa pembangunan: kebenaran di sebalik perjuangan ...Darmala N. S. ; 2005
  2. R.S Milne ; ‘Levels Of Corruption In Malaysia : A Comment On The Case Of Bumiputra Malaysia Finance’ dalam Asian Journal Of Public Administration.
  3. Kamarul Ariffin Mohamed Yassin
  4. Yassin