Labis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Labis ialah pekan kedua terbesar selepas Bandar Segamat dengan anggaran populasi penduduk sebanyak 20,000 orang. Kaum Cina merupakan penduduk majoriti terbesar di Labis. Labis juga merupakan sebuah pekan pertanian dan pengeluar getah utama di Johor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Labis, kini Pekan Labis bermula dari sebuah kampung kecil di mana nama asalnya ialah Kampung Paya Merah. Nama Labis pula diambil dari sejenis rumput yang menjadi makanan kegemaran Labi-labi. Pada awal abad ke-20, Pegawai British telah datang meninjau di kampung ini bagi mencari tempat baru untuk dibangunkan dalam daerah Segamat.

Pegawai British tersebut terkejut apabila ternampak banyak labi-labi kerana beliau tidak pernah melihat haiwan itu sebelum ini. Pegawai tersebut bertanya kepada penduduk kampung apakah haiwan itu dan penduduk kampung menjawab "Labi-labi, tuan". Oleh kerana pegawai tersebut tidak pernah mendengar nama haiwan ini, maka beliau berkata "Labis". bermaksud banyak labi-labi. Selepas daripada peristiwa itu, Pegawai British tersebut menamakan tempat ini sebagai Labis dengan rasminya.

Taman Perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Taman Seri Emas
  • Taman Bintang Jaya
  • Kampung Paya Merah
  • Taman Berjaya
  • Kampung Sungai Gatom
  • Taman Suria

Pekan Berdekatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]