Kamarul Bahrin Abbas
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Yang Berhormat Datuk Kamarul Bahrin Abbas |
|
![]() |
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Datuk S. Sothinathan (BN) |
|---|---|
| Majoriti | 2,804 |
|
|
|
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
Yang Berhormat Datuk Kamarul Bahrin Abbas adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang merupakan Ahli Parlimen P132 Telok Kemang, Negeri Sembilan dari Parti Keadilan Rakyat. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Isi kandungan |
Sektor korporat [sunting]
Kamarul Bahrin memulakan kariernya sebagai eksekutif pemasaran di syarikat Nestle dan pernah menjadi pengerusi eksekutif syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd pada 1987.
Lembaga pengarah Kumpulan Perangsang [sunting]
Pada 16 Jun 2010, Kamarul Bahrin dilantik memegang jawatan pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), sebuah syarikat infrastruktur dalam Kumpulan Darul Ehsan Bhd. Turut dilantik ialah naib presiden PKR, R Sivarasa. Pelantikan itu disahkan oleh Bursa Malaysia.[1]
Politik [sunting]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-MIC, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti sebanyak 2,804 undi. Beliau memperolehi 23,348 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 20,544 undi. Calon Bebas, Mohd. Rashid Arshad hanya memperolehi 601 undi.
