Kampung Meranti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Meranti merupakan sebuah kampung bawah jajahan Pasir Mas iaitu di dalam negeri Kelantan Darul Naim. Kampung Meranti adalah kampung yang masyhur dan dikenali oleh seluruh penduduk oleh kerana kedudukannya yang strategik dan mempunyai banyak kemudahan. Walaupun tidak mempunyai banyak pembangunan tetapi Kampung Meranti dikenali dengan tempat rekreasi yang menarik seperti di tapak Pasar Malam Meranti ,tapak pasar pagi Meranti dan juga tapak padi. Kampung Meranti juga mempunyai beberapa pusat pendidikan yang tersedia kepada para penduduk. Kampung Meranti boleh dikatakan sebagai pusat bandar dikawasan tersebut kerana mempunyai banyak kemudahan asas seperti balai Polis, Pasar, pusat pendidikan, dan pelbagai lagi. Jalan Meranti juga menjadi jalan utama kepada para penduduk untuk berhubung dangan Kota Bharu, Pasir Mas dan ke Rantau Panjang.

SEJARAH KAMPUNG MERANTI[sunting | sunting sumber]

Menurut penduduk kampung : Sebelum kampung Meranti dihuni suatu masa dahulu, kampung Meranti adalah sebuah kawasan hutan tebal yang dipenuhi banyak pokok-pokok besar. Dipercayai, hutan tersebut telah terbakar akibat musim kemarau yang melampau melanda kampung tersebut tanpa disangka hanya sebuah Pokok yang terselamat iaitu Pokok Meranti. Dari situlah nama kampung Meranti diambil. Akibat kesan pembakaran yang terjadi, tanah dikawasan tersebut menjadi subur lalu dijadikan sebagai pusat penanaman padi dan getah. Semkin lama Kampung Meranti semakin dihuni dan semakin maju.

Kampung Meranti
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Meranti
Mohor rasmi Kampung Meranti
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Pasir Mas
KampungKampung Meranti
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • 
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
17010
Kod kawasan+609

PUSAT UTAMA[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Mukim Meranti
  • Masjid al-munawwarah Kampung Meranti
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Meranti
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti
  • Maahad Tahfiz Darul Ulum Kampung Meranti
  • Pasti Al Ukhuwah
  • Tabika Kemas Merati
  • Pusat Pengajian Quran Meranti
  • Pusat Tusyen
  • Balai Polis Meranti
  • KADA Meranti (tempat penanaman padi)
  • Pasar Malam Maranti
  • Pasar Pagi Meranti
  • Pejabat rukun tetangga
  • PELBAGAI LAGI

Poskod[sunting | sunting sumber]

Kampung Merati, 17010, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia