Raja berperlembagaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ratu Elizabeth ke II merupakan pemerintah United Kingdom dan juga 15 buah negara lain menjadikannya ratu paling berpengaruh di dunia

Raja berperlembagaan (Tulisan Jawi: راج ڤرلمباݢاءن)adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.

Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Sistem raja berpelembagaan telah dimulakan di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada 1688. Menurut Richard Buskin, pengarang buku British Royalty, sebab utama pemberontakan Oliver Cromwell yang disokong oleh 15,000 askar ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan Raja Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang kuasanya akan terjejas. Selepas peristiwa itu, Raja Charles I telah dihukum pancung dan Cromwell telah menjadi presiden di mana England telah menjadi republik buat seketika. Kerajaan Cromwell tidak bertahan lama dan selepas lebih kurang 9 tahun berkuasa beliau meninggal dunia akibat malaria. Selepas itu, anak sulungnya Richard telah mengambil alih kuasa.[2]. tetapi hanya memerintah selama setahun. Maka, tanpa pilihan lain, Raja Charles II diangkat ke takhta. Namun demikian, raja pada kali ini naik takhta atas persetujuan parlimen dan pada detik itu bermulalah sistem raja berperlembagaan di England sampailah ke hari ini.[3].

Senarai Negara-Negara Raja Berperlembagaan سناراي نݢارا٢ راج برڤرلمباݢاءن[sunting | sunting sumber]

Perancis pernah diperintah oleh raja berpelembagaan secara singkat antara 1789-1792 dan antara 1815-1848.

Lihat Juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan نوتا دان روجوعن[sunting | sunting sumber]

  1. "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). http://www.mkn.gov.my/v1/index.php/bm/fokus-mkn/fokus_raja-berperlembagaan. 
  2. "Oliver Cromwell, 1599-1658". David Plant. http://www.british-civil-wars.co.uk/biog/oliver-cromwell.htm. 
  3. Adam Kadir. "Menghayati maksud raja berperlembagaan", Utusan Malaysia. 24 Mac 2008