Kata hubung (bahasa Melayu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kata hubung (Tulisan Jawi: کات هوبوڠ) ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:

  • perkataan dengan perkataan;
  • rangkai kata dengan rangkai kata; dan
  • ayat dengan ayat.

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Kata hubung gabungan
  2. Kata hubung pancangan
  3. Kata hubung pasangan.


Kata hubung gabungan کات هوبوڠ ݢابوڠن[sunting | sunting sumber]

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:

  • Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
  • Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
  • Dia mengelak, lantas menikam.

Kata hubung pancangan کات هوبوڠ ڤنچڠن[sunting | sunting sumber]

Kata hubung pancangan relatif کات هوبوڠ ڤنچڠن ريلاتيف[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

  • Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
  • Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
  • Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

Kata hubung pancangan komplemen کات هوبوڠ ڤنچڠن کومڤلمن[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

  • Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
  • Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
  • Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Kata hubung pancangan keterangan کات هوبوڠ ڤنچڠن کترڠن[sunting | sunting sumber]

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, walaupun,malahan, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

  • Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat
  • Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Kata hubung berpasangan کات هوبوڠ برڤاسڠن[sunting | sunting sumber]

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh ayat:

  • Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
  • Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

kata praklausa

kata praklausa ialah perkataan yang berada di hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa