Kejohanan Tae Kwon Do Para Dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kejohanan Tae Kwon Do Para Dunia atau Kejohanan Taekwondo Para Dunia (bahasa Inggeris: World Para Taekwondo Championships) merupakan kejohanan tae kwon do bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh World Taekwondo.[1] Kejohanan ini pertama kali diadakan di Baku, Azerbaijan, sempena penganjuran Piala Dunia Tae Kwon Do WTF Kejohanan Pasukan 2009 di bandar tersebut.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Tae Kwon Do Para hanya terdiri acara "kyorugi" (perkelahian bebas, sparring) sahaja dan dipertandingkan oleh atlet yang mempunyai kecacatan dan amputasi pada kaki dan tangannya. Semasa edisi yang keempat yang dianjurkan di Lausanne pada tahun 2013, wakil World Taekwondo telah bermesyuarat dengan wakil daripada CPISRA dan Persekutuan Sukan bagi Orang dengan Ketidakbolehan Intelek Antarabangsa (INAS). Hasil daripada mesyuarat tersebut, acara "poomsae" (jurus, martial art forms) telah diwujudkan dan disertai oleh atlet berkecacatan neurologikal, penglihatan dan intelek. Acara poomsae bagi atlet dengan ketidakbolehan intelek telah dipertandingkan buat kali pertama dalam Kejohanan Dunia Ke-5 manakala acara bagi atlet berkecacatan neurologikal diwujudkan pada edisi ke-6. Acara bagi atlet buta, atlet berkerusi roda, atlet pekak dan atlet kerdil dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2021.[1]

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Edisi Tahun Lokasi Tarikh
1 2009 Azerbaijan Baku 10 Jun[2]
2 2010 Rusia St. Petersburg 11 Mei[3]
3 2012 Aruba Santa Cruz 22 November[4]
4 2013 Switzerland Lausanne 8 Jun[5]
5 2014 Rusia Moscow 21 Jun[6]
6 2015 Turki Samsun 17 September[7]
7 2017 United Kingdom London 19 Oktober[8]
8 2019 Turki Antalya 5-6 Februari
9 2021 Republik Rakyat China Wuxi Ditangguhkan[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "World Taekwondo PARA - About". World Taekwondo. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  2. ^ a b 9 Jun 2019. "Azerbaijan Ready for 1st World Para-Taekwondo & 2009 World Cup Taekwondo Team Championship". World Taekwondo. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  3. ^ 2nd WTF World Para-Taekwondo Outline. British Taekwondo. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  4. ^ Azerbaijan Defends Overall Title at 3rd World Para-Taekwondo Championships in Aruba World Taekwondo. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  5. ^ Mackay, Duncan. 2013 World Para-Taekwondo Championships to be held in Lausanne Inside the Games. 10 Februari 2013. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  6. ^ 5th World Para-Taekwondo Championships Kick Off in Moscow, Russia. World Taekwondo. 21 Jun 2014. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  7. ^ 6th World Para-Taekwondo Championships Enthuse Samsun, Turkey World Taekwondo. 17 September 2015. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  8. ^ London chosen as host city for World Para Taekwondo Championship. uksport.gov.uk. 13 Januari 2017. Dicapai pada 24 Oktober 2021.
  9. ^ "World Taekwondo Council announces postponement of Wuxi 2021 World Taekwondo Championships". World Taekwondo. 17 Jun 2021. Dicapai pada 24 Oktober 2021.