Kelas Kedah
KD Perak |
|
| Angkatan | |
|---|---|
| Jenis: | Kapal Ronda Luar Pantai (PV/OPV) |
| Kelas: | Meko A-100/Kedah NGPV |
| Pembuat: |
Blohm + Voss/Howaldtswerke, German Naval Group (GNG) Boustead Naval Dockyard (dahulunya PSC-Naval Dockyard) Lumut/Pulau Jerejak |
| Ditempah: | 1996 |
| Mula dibina: | |
| Dilancar: | 21 Mac 2003 (Kedah)/ 2 Oktober 2003 (Pahang)/ 12 November 2007 (Perak)/ 6 Disember 2007 (Terengganu)
Kelantan dan Selangor dalam pembinaan |
| Ditauliah: | 5 Jun 2006 (Kedah)/ 3 Ogos 2006 (Pahang) |
| Khidmat: | flotilla rondaan |
| Spesifikasi | |
| Sesaran: | 1650 tan (berat penuh) |
| Panjang: | 90.1 meter |
| Lebar: | 12.8 meter |
| Draf kedalaman: | 3.6 meter |
| Propulsi: | 2x Caterpillar 3616 (5450kW) diesel, 16000 bhp, 2 shaf controllable pitch propeller |
| Kelajuan: | 24 knots |
| Persenjataan: |
Peluru Berpandu: 4x MM40 Exocet SSM (FFBNW), 1x battery RAM SAM (FFBNW) Meriam: 1x Oto Melara 76mm/62 Rapid , 1x Oto Melara/Mauser 30mm Torpedo: (FFBNW) |
| Penderia: |
Penjejak udara/permukaan: EADS TRS-3D/16 ES Navigasi: STN Atlas 9600 Kawalan Tembakan: Oerlikon Contraves TMEO/TMX Sonar: L-3 NDS 3060 Peperangan elektronik: Thales Sceptre X/Sealion ESM, Sippican ALEX Mk 137 ECM |
| Helikopter: | 1x Agusta Westland Super Lynx 300 atau 1x Eurocopter AS 555 Fennec ASW/OTHT |
| Krew: | 78(+15) |
| Motto: | Swift and Sure |
Kapal-kapal kelas Kedah adalah kumpulan pertama dari 27 buah kapal ronda NGPV yang dijadualkan dibina melalui kerjasama PSC-Naval Dockyard (PSC-ND) dan German Naval Group (GNG). Kelas Kedah terdiri daripada 6 buah kapal, dua daripadanya telah ditauliah.
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Kapal-kapal kelas Kedah lahir dari keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia menggantikan kapal-kapal ronda kelas Kris dan kelas Sabah. Program Kapal Ronda Generasi Baru (New Generation Patrol Vessel), NGPV, bertujuan memanfaatkan perjanjian pemindahan teknologi pembinaan kapal. Termasuk di dalam kontrak bernilai 5.35 billion ringgit tersebut, di mana dua kapal pertama dibina di Jerman dan selebihnya di dalam negara, ialah perolehan hak milik rekaan MEKO A-100.
KD Kedah dan Pahang [sunting]
Dua kapal yang pertama iaitu KD Kedah dan KD Pahang, walaupun dibina di Jerman, dibawa pulang ke tanahair untuk melalui proses integrasi sistem-sistem kapal dan ujian di laut oleh pihak PSC-ND. Belum pun kapal-kapal ini diserah, PSC-ND dilanda kemelut kewangan. Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan berlakunya penyelewengan dimana PSC-ND tidak dapat menjelaskan hutang berjumlah 80 juta ringgit kepada vendor-vendor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan. Malahan PSC-ND memerlukan suntikan dana berjumlah 120 juta ringgit lagi untuk menyiapkan KD Kedah dan KD Pahang menyebabkan kelewatan hampir dua tahun. Episod buruk ini berakhir apabila pengurusan baru dilantik dan firma Boustead mengambil alih PSC-ND. Kedah dan Pahang akhirnya ditauliah ke dalam perkhidmatan TLDM pada 5 Jun dan 3 Ogos 2006.
Kapal-kapal Kelas Kedah [sunting]
| No. Pennant | Nama Kapal | Limbungan Pembina | Tarikh Pelancaran | Tarikh Ditauliah |
|---|---|---|---|---|
| 171 | Kedah | Blohm + Voss/Howaldtswerke | 21 Mac 2003 | 5 Jun 2006 |
| 172 | Pahang | Blohm + Voss/Howaldtswerke | 2 Oktober 2003 | 3 Ogos 2006 |
| 173 | Perak | Boustead Naval Shipyard, Lumut | 12 November 2007 | 3 Jun 2009 |
| 174 | Terengganu | Boustead Naval Shipyard, Lumut | 6 Disember 2007 | 8 Dis 2009 |
| 175 | Kelantan | Boustead Naval Shipyard, Lumut | 24 November 2008 | 6 Mei 2010 |
| 176 | Selangor | Boustead Naval Shipyard, Lumut | 23 Julai 2009 | 28 Dis 2010 |
Konsep bermodul [sunting]
Rekabentuk kapal-kapal kelas Kedah adalah berasaskan konsep MEKO (MEKO = MErzwerk KOmbination) yang bermakna kombinasi pelbagai guna. Berdasarkan aturan begini sesebuah kapal boleh dikonfigurasi semula dengan memuatkan atau mengeluarkan modul-modul tertentu. Dari aturan kapal ronda OPV, ia boleh dinaik taraf kepada korvet dengan menambah modul peluru berpandu anti kapal. Seterusnya, persenjataan anti udara pula boleh dimuatkan menjadikan kapal-kapal ini setaraf frigat ringan. Aturan begini juga dipanggil Fitted For, But Not With (FFBNW). Selain dari itu kelas Kedah juga bergantung kepada kemudahan automasi yang tinggi yang terdapat pada sistem kawalannya, secara tidak langsung bilangan anak kapal dapat dikurangkan.
Teknologi tempatan [sunting]
Walaupun melalui babak-babak kontroversi, Program NGPV telah membawa manfaat yang besar kepada industri pertahanan maritim negara. Kini firma tempatan boleh menghasilkan sendiri radar kawalan tembakan TMX/EO asalnya keluaran Oerlikon Contraves. Radar ini mengawal meriam utama OTO Melara merupakan peningkatan dari sistem Seaguard. Buat kali pertama juga sebuah firma tempatan, Atlas Defence Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan sistem pengurusan tempur COSYS 110-M1 untuk digunakan kapal-kapal kelas Kedah.
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kelas Kedah |