Kempen Bebaskan Anwar 901

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kempen Bebaskan Anwar 901 dilancarkan pada akhir Disember 2011, untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Januari 2012 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Perhimpunan itu sempena hari Mahkamah Tinggi mengumumkan keputusan berhubung kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersabit dakwaan Saiful Bukhari Azlan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.

Polis membenarkan perhimpunan tersebut dilaksanakan, dengan mengenakan 10 syarat ke atas penganjur. Kebenaran itu berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Parlimen bulan lalu.[1]

Akhirnya mahkamah mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah, dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau. Ini dibuat atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.[2]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Laporan polis bantahan sehingga 1 Januari 2012 ialah 134 laporan :

  1. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kesal dengan Majlis Peguam Malaysia berdiam diri terhadap “Bebas Anwar 901”. Kempen ini dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap keputusan mahkamah yang belum diputuskan. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat kempen sebegini. [3]
  2. Pada 1 Jsanuari 2012, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Cawangan Kulim Abdul Hamid Osman membuat laporan polis di Balai Polis Kulim terhadap pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram “Kempen Bebaskan Anwar 901” di Jalan Duta.[4]
  3. Ketua Penerangan PEKIDA Kuantan, Yahya Mat Dollah bersama anggota dari 11 NGO di seluruh negeri Pahang membuat laporan polis bagi menghalang perhimpunan 'Bebas Anwar 901' di IPD Balai Polis Kuantan. Mereka mendesak PDRM segera bertindak memastikan perhimpunan haram di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu dihalang.
  4. Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) daerah Kulaijaya, Mohd. Farid Arifin menganggap perhimpunan haram itu akan menghuru-harakan negara.
  5. Naib Presiden Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Jarani Hasan menyatakan kempen ini akan menjejaskan keselamatan dan menimbulkan ketegangan.[5]

Perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Sekitar 5,000 penyokong Pakatan Rakyat hadir di luar mahkamah pada hari keputusan mahkamah ini.[6] Perhimpunan berjalan dengan aman, namun lima orang cedera dalam letupan ketika peserta sedang beredar. Punca letupan masih belum diketahui polis.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 10 syarat 'kawal' perhimpunan 901, ucapan dilarang Sinar Harian
  2. ^ UtusanOnline-Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan Utusan Malaysia
  3. ^ Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal
  4. ^ Kempen bebaskan Anwar: Perkasa Kulim buat laporan polis Utusan Malaysia
  5. ^ Bantahan Demo 901 meningkat
  6. ^ "Anwar Ibrahim sodomy charge dismissed by Malaysian judge". The Guardian. UK. 9 Januari 2012. Dicapai pada 9 Januari 2012.
  7. ^ ""Free Anwar Campaign" Marred By Explosions, Five Injured". Bernama. 9 Januari 2012. Dicapai pada 9 Januari 2012.