Razali Ibrahim
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Yang Berhormat Dato' Razali Ibrahim |
|
![]() |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 16 Mei 2013 – kini |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 10 April 2009 – 3 April 2013 |
|
| Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
|---|---|
| Digantikan oleh | Dato' M. Saravanan |
|
Timbalan Menteri Pelajaran
|
|
|
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 8 Mac 2008 |
|
| Didahului oleh | Robia Kosai |
| Majoriti | 13,415(2004) 4,661(2008) |
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Oktober 1970 |
| Tempat lahir | Seri Menanti, Muar, Johor |
| Parti politik | |
| Pasangan | Melissa Shireen Munshir |
| Pekerjaan | Peguam, Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://www.razali-ibrahim.my Blog YB Razali |
YB Dato' Razali Ibrahim (lahir 14 Oktober 1970 - ) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan Ahli Parlimen Muar, Johor merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Barisan Nasional - UMNO.
Isi kandungan |
Pendidikan[sunting]
YB mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru. Kemudian beliau meneruskan persekolahan menengahnya di Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut, Perak Darul Ridzuan. Kemudian beliau mendapat tawaran untuk belajar di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. Selepas Peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Politik[sunting]
Pada tahun 1999, Datuk Razali menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor.
Setelah YB Khairul Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.
Menjadi ahli parlimen[sunting]
Beliau menjadi ahli parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 setelah mengalahkan Mohamad Taib dari PAS dengan majoriti ssebanyak 13,415 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi ahli parlimen Muar setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi. Beliau memperolehi 16,986 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 12,325 undi.
Laman sesawang[sunting]
- layari Blog Dato' Razali Ibrahim
