Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bernama)
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Jenis/bentuk sahPerbadanan berkanun
IndustriMedia berita
Ditubuhkan20 Mei 1968; 55 tahun yang lalu (1968-05-20)
Ibu pejabatWisma Bernama, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
KeluaranPerkhidmatan wayar
PemilikKerajaan Malaysia
Bilangan kakitangan700 (2022)
Syarikat indukKementerian Komunikasi Malaysia
Tapak webwww.bernama.com
Twitter: bernamadotcom Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini



Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, ialah sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta BERNAMA 1967 dan mula beroperasi pada 20 Mei 1968. Agensi berita nasional ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Malaysia.

BERNAMA memberi perkhidmatan berita am, ekonomi dan luar negeri dengan menggunakan pelbagai platform media seperti televisyen, radio dan perkhidmatan berita dalam talian. Selain menyediakan perkhidmatan berita kepada pelanggan menggunakan 'wires', BERNAMA turut mempunyai saluran televisyennya sendiri dipanggil BERNAMA TV di saluran 502 Astro, saluran 631 Unifi TV, saluran 121 MYTV dan siaran radionya sendiri dipanggil BERNAMA Radio di frekuensi 93.9 yang beroperasi 24 jam.

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita nasional yang terkini dan dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini. Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing ialah pelanggan-pelanggan BERNAMA.[1]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Jakarta, Singapura, Bangkok dan koresponden khas di Washington, London, Manila, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.

Penglibatan dalam agensi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2010, BERNAMA memenangi Anugerah Penjenamaan Korporat Terbaik bagi kategori Agensi Berita Nasional-Media menerusi Anugerah The Brandlaureate bagi edisi 2009-2010. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menyampaikan anugerah wakil Bernama, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh. Tema anugerah itu ialah "Jenama Anda, Karya Agung". Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[2] BERNAMA menerima Penganugerahan Jenama Ikonik BrandLaureate bagi kategori Juara Industri Dekad 2019 pada 18 Disember 2019. Pada 6 Mac 2020, BERNAMA menerima anugerah ‘SMEs Strategic Business Partners of the Decade Awards 2020’ di Majlis Penyampaian Anugerah Sepanjang Dekad Jenama Terbaik PKS BrandLaureate. BERNAMA juga menerima Penganugerahan The BrandLaureate The World’s First Bestbrands e-Branding 2020 bagi kategori Rakan Perniagaan Strategik pada 18 September 2020.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia akibat terbunuh semasa melaksanakan misi kemanusiaan, pada usia 39, pada 2 September 2011. Beliau merupakan wartawan Malaysia pertama yang terbunuh ketika menjalankan tugasan di luar negara.

Komen pujian[sunting | sunting sumber]

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]