Kenaikan aras laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Graf perubahan ketinggian aras laut dari 1993 ke 2021.

Pengukuran air pasang surut menunjukkan bahawa kenaikan aras laut bermula sejak permulaan abad ke-20. Dari 1900 ke 2017, aras laut purata Bumi meningkat sebanyak 16–21 cm (6 128 12 in).[1] Data dari pengukuran radar satelit pula menujukkan kenaikan pantas sebanyak 7.5 cm (3 in) dari 1993 ke 2017,[2]:1554 dengan purata kenaikan sebanyak 31 mm (1 14 in) sedekat. Kepantasan ini berlaku secara umumnya akibat perubahan iklim, termasuk pemanasan laut dan pencairan kepingan ais dan glasier.[3] Antara 1993 dan 2018, pengembangan haba air membawa kepada 42% kenaikan aras laut; pencairan glasier sederhana pula 21%, Greenland pula 15%, dan pencairan Antartika pula 8%.[2]:1576 Saintis iklim menjangka kepantasan kenaikan akan meningkat pada abad ke-21, dengan ukuran terkini menetapkan kadar kenaikan pada 3.6 mm setahun.[4]:62[5]

Peramalan kenaikan aras laut mendatang adalah sukar akibat kerumitan aspek-aspek sistem iklim serta pemasaan perkaitan perubahan suhu Bumi dengan ketinggian aras. Pada 2007, Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim menjangka kenaikan maksimum 60 cm (2 ka) pada 2099,[6] tetapi menaikkan nilai itu kepada 90 cm (3 ka) pada 2014.[7] Sebilangan kajian lanjut mengesahkan kenaikan sebanyak 200–270 cm (6 ka 7 in–8 ka 10 in) pada abad ini dapat diterima akal.[8][2][9] Suatu ramalan jangkaan masa panjang ialah setiap kenaikan suhu Bumi sebanyak satu darjah Celsius membawa kepada kenaikan aras laut sebanyak 2.3 meter sepanjang dua alaf (2,000 tahun): suatu contoh inersia iklim.[1] Pada Februari 2021, suatu kajian terbitan Ocean Science berpendapat bahawa ramalan Panel lebih berkemungkinan bersifat konservatif, bererti bahawa aras laut akan menaik lebih tinggi daripada ramalan.[10]

Walaupun begitu, aras laut tidak meningkat secara sekata di seluruh Bumi, malah menjadi lebih rendah di sesetengah tempat seperti di Artik.[11] Faktor-faktor naik turun aras laut di satu kawasan termasuk kesan tektonik serta penenggelaman tanah, pasang surut dan ribut. Kawasan kepulauan dan pesisir menerima tempias paling ketara berikutan kenaikan aras laut.[12] Kebanjuran pesisir yang meluas dijangka berlaku dengan kenaikan suhu sebanyak beberapa darjah.[13] Kesan-kesan lanjut termasuk banjir taufan serta tsunami yang lebih tinggi, sesaran penduduk, kehilangan atau kerosakan tanah pertanian serta kerosakan petempatan.[14][15][16] Kelompok makhluk seperti ikan, burung dan tumbuhan turut terjejas akibat kehilangan habitat.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b USGCRP (2017). "Climate Science Special Report. Chapter 12: Sea Level Rise". science2017.globalchange.gov: 1–470. Dicapai pada 2018-12-27.
  2. ^ a b c WCRP Global Sea Level Budget Group (2018). "Global sea-level budget 1993–present". Earth System Science Data. 10 (3): 1551–1590. Bibcode:2018ESSD...10.1551W. doi:10.5194/essd-10-1551-2018. This corresponds to a mean sea-level rise of about 7.5 cm over the whole altimetry period. More importantly, the GMSL curve shows a net acceleration, estimated to be at 0.08mm/yr2.
  3. ^ Mengel, Matthias; Levermann, Anders; Frieler, Katja; Robinson, Alexander; Marzeion, Ben; Winkelmann, Ricarda (8 Mac 2016). "Future sea level rise constrained by observations and long-term commitment". Proceedings of the National Academy of Sciences. 113 (10): 2597–2602. Bibcode:2016PNAS..113.2597M. doi:10.1073/pnas.1500515113. PMC 4791025. PMID 26903648.
  4. ^ Climate Change 2014 Synthesis Report Fifth Assessment Report, AR5 (Laporan). Intergovernmental Panel on Climate Change. 2014.
  5. ^ "Chapter 4: Sea Level Rise and Implications for Low-Lying Islands, Coasts and Communities — Special Report on the Ocean and Cryosphere in a Changing Climate". Dicapai pada 2021-04-18.
  6. ^ IPCC, "Summary for Policymakers", Contribution of Working Group I to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change, 2007, page 13-14
  7. ^ Mooney, Chris. "Scientists keep upping their projections for how much the oceans will rise this century". The Washington Post.
  8. ^ Bamber, Jonathan L.; Oppenheimer, Michael; Kopp, Robert E.; Aspinall, Willy P.; Cooke, Roger M. (June 4, 2019). "Ice sheet contributions to future sea-level rise from structured expert judgment". Proceedings of the National Academy of Sciences. 116 (23): 11195–11200. Bibcode:2019PNAS..11611195B. doi:10.1073/pnas.1817205116. PMC 6561295. PMID 31110015.
  9. ^ Global and Regional Sea Level Rise Scenarios for the United States (PDF) (Laporan) (ed. NOAA Technical Report NOS CO-OPS 083). National Oceanic and Atmospheric Administration. Januari 2017. m/s. vi. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  10. ^ Grinsted, Aslak; Christensen, Jens Hesselbjerg (2021-02-02). "The transient sensitivity of sea level rise". Ocean Science (dalam bahasa English). 17 (1): 181–186. Bibcode:2021OcSci..17..181G. doi:10.5194/os-17-181-2021. ISSN 1812-0784. S2CID 234353584.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "The strange science of melting ice sheets: three things you didn't know". The Guardian. 12 September 2018.
  12. ^ Bindoff, N.L.; Willebrand, J.; Artale, V.; Cazenave, A.; Gregory, J.; Gulev, S.; Hanawa, K.; Le Quéré, C.; Levitus, S.; Nojiri, Y.; Shum, C.K.; Talley L.D.; Unnikrishnan, A. (2007), "Section 5.5.1: Introductory Remarks", dalam IPCC AR4 WG1 (penyunting), Chapter 5: Observations: Ocean Climate Change and Sea Level, ISBN 978-0-521-88009-1, dicapai pada 25 Januari 2017
  13. ^ Box SYN-1: Sustained warming could lead to severe impacts, m/s. 5, dalam: Synopsis, dalam National Research Council 2011
  14. ^ TAR Climate Change 2001: The Scientific Basis (PDF) (Laporan). International Panel on Climate Change, Cambridge University Press. 2001. ISBN 0521-80767-0. Dicapai pada 23 Julai 2021.
  15. ^ "Sea level to increase risk of deadly tsunamis". UPI. 2018.
  16. ^ Holder, Josh; Kommenda, Niko; Watts, Jonathan (3 November 2017). "The three-degree world: cities that will be drowned by global warming". The Guardian. Dicapai pada 2018-12-28.
  17. ^ "Sea Level Rise". National Geographic. 13 Januari 2017.