Kenderaan peninjau Coyote
| Kenderaan peninjau Coyote | |
|---|---|
Kenderaan berperisai ringan Kanada di Calgary Stampede |
|
| Asal | |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | General Motors Diesel Division MOWAG |
| Spesifikasi | |
| Berat | 14.4 t (15.9 tan pendek) |
| Panjang | 6.39 m (21.0 ka) |
| Lebar | 2.50 m (8.2 ka) |
| Tinggi | 2.69 m (8.8 ka) |
| Krew | 4 (komander, pemandu, jurumeriam, operator sut pengawasan) |
|
|
|
| Senjata utama |
1 x meriam rantai M242 25mm |
| Senjata kedua |
1 x mesingan sepaksi C6 7.62mm 1 x mesingan C6 7.62mm 8 x pelancar bom (2 x gugusan 4) |
| Enjin | Detroit Diesel 6V53T 275hp |
| Sistem ampaian |
Beroda 8x8, pacuan 4x |
| Jarak operasi |
660 km |
| Kelajuan | 120 km/j |
Kenderaan peninjau Coyote adalah sebuah kenderaan tempur berperisai ringan yang dibina oleh General Dynamics Canada untuk Angkatan Tentera Kanada, untuk digunakan bagi tugas peninjauan.[1][2] Coyote adalah sebuah versi terbitan yang dibina secara berlesen berdasarkan kenderaan MOWAG Piranha 8x8 buatan Switzerland. Ia telah berada di dalam perkhidmatan sejak tahun 1996. Coyote merupakan versi lebih besar bagi kenderaan beroda enam AVGP Kanada, yang juga dibangunkan berdasarkan kenderaan Piranha.
Meskipun Coyote boleh diangkut melalui udara dengan menggunakan pesawat pengangkut C-130 Hercules[3], turetnya mestilah ditanggalkan terlebih dahulu. Persenjataan kurang berkuasa yang terdapat pada kenderaan Stryker buatan Amerika Syarikat telah dipilih secara khusus bagi membolehkan ia dipandu masuk ke dalam C-130 dan seterusnya ke medan tempur.
[sunting] Lihat juga
- Keluarga MOWAG Piranha
[sunting] Rujukan
- ↑ "Exploring the Coyote", Department of National Defence. Dicapai pada 2008-09-18.
- ↑ "Vetronics Engineering", General Dynamics Canada. Dicapai pada 2008-09-18.
- ↑ Barry Cooper, Mercedes Stephenson, Ray Szeto. "Canada’s Military Posture: An Analysis of Recent Civilian Reports", The Fraser Institute, 2004. Dicapai pada 2008-01-29.
[sunting] Pautan luar
Prime Portal: Coyote walk-around