Kepten (Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kepten
Captain

Tanda pangkat, papan bahu, dan jalur lengan seorang Kepten
Negara
Amerika Syarikat
Cabang perkhidmatan Tentera Laut A.S.
Pengawal Pantai A.S.
Kor Tauliah USPHS
Kor Pegawai NOAA
Perkhidmatan Maritim
Singkatan CAPT
Kumpulan pangkat Pegawai kanan
Kod
NATO
OF-5
Pangkat tinggi seterusnya Laksamana Muda Rendah
Pangkat rendah seterusnya Komander
Persamaan pangkat Kolonel (Tentera Darat AS, Kor Marin AS, Tentera Udara AS, dan Tentera Angkasa AS)
Kepten Jessica Rozzi-Ochs Pengawal Pantai AS dari USCGC Eagle, kiri, dan Komander Billie J. Farrell Tentera Laut AS dari USS Constitution, kanan, merupakan pegawai memerintah wanita pertama ke atas kapal masing-masing.
Kepten kapal selam Michael Bernacchi dari Tentera Laut AS, bertugas sebagai ketua staf kepada pegawai berbendera.

Di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Kor Tauliah Perkhidmatan Kesihatan Awam Amerika Syarikat (USPHS), dan Kor Pegawai Tauliah Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (Kor NOAA), Kepten ialah pegawai bertauliah paling kanan yang berada dibawah pangkat pegawai berbendera (iaitu gred laksamana). Pangkat ini setara dengan kolonel dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara AS, Tentera Angkasa AS, dan Kor Marin AS. Walaupun istilah Kepten dan Kapten diambil dari Captain bahasa Inggeris, tetapi dalam Angkatan Tentera Malaysia lazimnya, diadakan perbezaan ejaan untuk membezakan kedua-dua pangkat itu.

Mencerminkan warisan nautikanya, istilah kepten digunakan sebagai gelaran tentera oleh pegawai berpangkat lebih rendah yang memerintah sebuah kapal bertauliah Tentera Laut, Pengawal Pantai, atau bot peronda Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) yang bersaiz lebih besar. Pegawai yang memerintah skuadron udara (lazimnya O-5 komander) biasanya menggunakan gelaran yang kurang formal iaitu "nakhoda".

Insignia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]