Pergi ke kandungan

Singhasari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kerajaan Singhasari)
Singhasari
ꦱꦶꦔ꧀ꦲꦱꦫꦶ (Jawa)
1222–1292
Singhasari sewaktu pemerintahan Kertanegara
Singhasari sewaktu pemerintahan Kertanegara
Ibu negaraTumapel,atau Kutaraja Singhasari (modern outskirt Malang)
Bahasa yang umum digunakanJawa kuno, Sanskrit
Agama
Kejawen, Hindu, Buddha, Animisme
KerajaanMonarki
Maharaja 
• 1182–1227
Ken Arok
• 1268–1292
Kertanegara
Sejarah 
• Ken Arok naik takhta
1222
• Pencerobohan Jayakatwang dari Kediri
1292
Didahului oleh
Diganti oleh
Kediri
Majapahit


Singhasari merupakan sebuah kerajaan yang terletak di timur Jawa diantara tahun 1222 hingga tahun 1292. Kerajaan Singhasari kemudiannya digantikan dengan kerajaan Majapahit.

Pembentukan Singhasari

[sunting | sunting sumber]

Singhasari diasaskan oleh Ken Arok yang mana kisahnya amat popular di timur dan tengah Jawa. Ken Arok merupakan seorang anak yatim yang dibesarkan di Kediri dan seorang pencuri yang licik. Reputasinya sebagai seorang pencuri terkemuka menyebabkan raja Kediri mengarahkan pemerintah Tumapel, Tunggul Ametung menangkapnya.

Tunggul Ametung mempunyai seorang isteri yang amat cantik iaitu Puteri Dedes atau ken Dedes yang dipaksa berkahwin dengan Tunggul Ametung. Ken Arok mendapat petunjuk yang Puteri Dedes mesti dikahwininya walaupun dengan segala cara sekalipun. Ken Arok kemudiannya berjumpa dengan Mpu Gandring seorang pembuat keris terkenal untuk memintanya membuat sebilah keris. Proses pembuatan keris ini mengambil masa yang lama sehinggakan Ken Arok menjadi tak sabar dan mengambil keris yang belum siap itu dan membunuh Mpu Gandring. Mpu Gandring ketika sedang nazak menyumpah Ken Arok dan 7 generasi Ken Arok bahawa mereka semua akan mati disebabkan keris yang sama.

Ken Arok berjaya membunuh Tunggul Ametung dan menyalahkan Kebo Hejo, iaitu pembantu Tunggul Ametung. Dia kemudiannya menjadi jaguh dan pemerintah Tumapel dan mengambil Puteri Dedes sebagai isteri. Pada masa ini Puteri Dedes mengandungkan anak Tunggul Ametung, iaitu Anusapati.

Ken Arok tidak berhenti di situ sahaja sebaliknya pada tahun 1222, dia menewaskan Kertajaya dari Kediri di dalam Perang Ganter. Dia kemudiannya mengasaskan Kerajaan Singhasari.

Ken Arok merupakan raja pertama Singhasari tetapi oleh kerana sumpahan Mpu Gandring, dia dibunuh oleh Anusapati menggunakan keris Mpu Gandring.

Kejatuhan Singhasari

[sunting | sunting sumber]

Pada zaman pemerintahan Kertanegara, seorang utusan daripada Kublai Khan, pemerintah Mongol Dinasti Yuan datang ke Singhasari dan menuntut Singhasari membayar ufti. Kertanegara menganggapnya sebagai satu penghinaan dan memutarkan janggut utusan itu (sebagai satu penghinaan kepada Mongol)sebelum membenarkan mereka kembali ke Beijing.Apabila utusan tersebut kembali ke Beijing, Kublai khan terkejut dan berasa murka keatas tindakan berani Kertajaya. Kublai khan kemudiannya mengistiharkan perang kepada Singhasari. Apabila mendengar berita itu, Kertajaya kemudiannya menyerang Kerajaan Melayu atau Dharmasraya di Sumatera dan dikenali sebagai ekspedisi Pamalayu. Tindakannya menyerang Sumatera adalah agar peperangan diantara Mongol dan Singhasari hanya berlaku di Sumatera bukannya di Jawa

Jayakatwang, pemerintah Tumapel bertindak menyerang hendap Kertanegara dan tenteranya setelah beliau menyerang Dharmasraya dan pada masa itu Kertanegara dibunuh.

Apabila angkatan laut Mongol tiba, menantu Kertanegara, Raden Wijaya (juga dikenali sebagai Kertarajasa), mempengaruhi mereka supaya bersekutu dengannya . Akibatnya tentera Mongol memusnahkan kerajaan lain (termasuk Tumapel) dan bukannya Singhasari. Sebelum mereka menyedari akan perkara ini, Raden Wijaya menyerang mereka dan menghalau mereka keluar daripada Jawa. Raden Wijaya kemudiannya mengasaskan kerajaan Majapahit.

Pemerintah-Pemerintah Singhasari

[sunting | sunting sumber]

Pautan Pilihan

[sunting | sunting sumber]