Kesultanan Sulu
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke bahagian timur Sabah.
Isi kandungan |
Sejarah
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2]
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Bahagian Timur Sabah
Ketika era pemerintahan Sulu, wilayah Kesultanan Sulu di Sabah hanya merangkumi bahagian timur Sabah, ianya tidak merangkumi bahagian pantai barat seperti yang banyak dikatakan pada media masa kini.[3] Kawasan tersebut diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu kerana berjaya membantu menamatkan sebuah perang saudara yang berlaku di Brunei.[4] Namun, apabila Sepanyol mula menguasai seluruh Filipina, seluruh kawasan termasuk kawasan di bawah pemerintahan Sulu (tidak termasuk Borneo Utara) diserahkan kepada Sepanyol. Apabila British bertapak di Borneo Utara, maka terbentuklah sebuah protokol yang dinamakan Protokol Madrid 1885. Protokol ini adalah bagi mengiktiraf pendudukan Sepanyol di keseluruhan kepulauan Filipina dan menjatuhkan segala tuntutannya pada Borneo Utara (sekarang dikenali sebagai Sabah).
Pencerobohan
Pada 11 Februari 2013, berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah yang didalangi oleh pengikut salah satu waris Kesultanan Sulu, iaitu Jamalul Kiram III. Kedatangan mereka kononnya adalah bagi menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.[5] Perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina dan juga Presiden Filipina, Benigno Aquino III.[6]
Galeri
-
Jata rasmi Kesultanan Sulu di bawah pengaruh Muedzul Lail Tan Kiram.
-
Bendera rasmi Kesultanan Sulu di bawah pengaruh Muedzul Lail Tan Kiram.
-
Bendera Kesultanan Sulu menurut Pierre Sonnerat.
-
Bendera Jamalul Kiram III.
Rujukan
- ↑ Naim, Mochtar. Merantau: Causes and Effects of Minangkabau Voluntary Migration, 1971.
- ↑ Cecilio D. Duka, Struggle for Freedom : A Textbook in Philippine History, 2008
- ↑ 3.0 3.1 "British North Borneo company charter (page 2)". OpenLibrary.org. 1878. http://www.archive.org/stream/cu31924078409665#page/n3/mode/2up. Capaian 16 Mac 2013.
- ↑ "Civil war wrecks chaos in the country". The Brunei Times. 14 Ogos 2008. http://www.bt.com.bn/life/2008/08/24/civil_war_wrecks_chaos_in_the_country. Capaian 16 Mac 2013.
- ↑ "Battle for control of Kampung Tanduo". Al Jazeera English. 25 Februari 2013. http://blogs.aljazeera.com/blog/asia/battle-control-kampung-tanduo. Capaian 16 Mac 2013.
- ↑ "Malaysia stand-off with Philippine group". BBC News Online. 15 Februari 2013. http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-21469146. Capaian 16 Mac 2013.
