Kerdil merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bintang kerdil merah ialah sebuah bintang yang kecil dan relatif sejuk yang terdapat dalam jujukan utama, sama ada dengan jenis spektrum K atau M. Sebuah kerdil merah mempunyai jisim kurang daripada setengah jisim Suria, (kurang sehingga lebih kurang 0.075 jisim suria, objek yang jisimnya kurang daripada itu di gelar kerdil perang), dan suhu permukaan kurang daripada 4,000 K. Kerdil merah merupakan bintang yang sering kali dijumpai dalam Galaksi, sekurang-kurangnya dalam kelompok berdekatan Suria. Proxima Centauri, bintang yang paling dekat dengan Suria, ialah sebuah kerdil merah (Jenis M5, manitud ketara 11.05); begitu juga dua puluh daripada tiga puluh bintang yang paling hampir Suria. Namun, oleh sebab luminositi malap, kerdil merah ini sukar dilihat dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari Bumi.[1]

Model-model najam menggambarkan bahawa kerdil merah kurang daripada 35% jisim Suria merupakan bintang konvektif penuh.[2] Justeru helium yang dijana melalui proses lakuran nuklear hidrogen sentiasa diolah di dalam bintang dan olakan ini mencegah pengumpulan helium di teras bintang. Jadi, kerdil merah berkembang dengan perlahan dengan luminositi dan jenis spektrum malar buat tempoh berbilion tahun sehinggalah kehabisan bahan bakar. Tidak terdapat bintang kerdil merah di tahap lanjut evolusinya kerana kewujudan relatif pendek alam semesta.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "The Brightest Red Dwarf", by Ken Croswell (Accessed 6/7/08)
  2. Reiners, A.; Basri, G. (March 2009). "On the magnetic topology of partially and fully convective stars". Astronomy and Astrophysics 496 (3): 787–790. arXiv:0901.1659. Bibcode 2009A&A...496..787R. doi:10.1051/0004-6361:200811450. 

Rujukan luar[sunting | sunting sumber]