Lakuran nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Suria ialah bintang jujukan utama, dan menjana tenaganya melalui proses lakuran nuklear hidrogen menjadi helium. dalam terasnya, Suria melakur 620 juta tan metrik hidrogen setiap saat.
Fizik nuklear
CNO Cycle.svg
Pereputan radioaktif
Pembelahan nuklear
Pelakuran nuklear

Lakuran nuklear ialah proses di mana dua atau lebih nukleus atom bercantum atau "lakur" dan menjadi sebuah nukleus yang lebih berat. Jirim tidak dijimatkan dalam proses ini kerana sebahagian daripada jisim ditukar menjadi tenaga yang dibebaskan. Lakuran merupakan proses yang memberi kuasa kepada bintang aktif.

Lakuran dua nukleus yang memiliki jisim kurang daripada besi (unsur yang bersama-sama nikel mempunyai tenaga pengikat yang terkuat bagi setiap nukleon (nama kolektif proton atau neutron)[1]) lazimnya melepaskan tenaga; lakuran nukleus yang lebih berat daripada besi pula "menyerap" tenaga. Keadaan terbalik pula bagi pembelahan nukleus, proses songsang lakuran nukleus. Ini bermakna lakuran lazimnya berlaku dengan unsur-unsur ringan sahaja, dan pembelahan pula hanya berlaku dengan unsur-unsur yang lebih berat. Ada fenomenon astrofizik ekstrem yang boleh membawa kepada lakuran berjangka pendek dengan unsur berat, dan proses ini membawa kepada nukelosintesis, yakni penjanaan unsur-unsur berat semasa berlakunya fenomenon seperti supernova.

Nota[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Organisasi