Kereta api tergelincir di Guar Chempedak 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kereta api tergelincir di Guar Chempedak 2010 berlaku di di KM58.75 berhampiran Kampung Guar Stesyen Dalam, Guar Chempedak, 8 km dari pekan Gurun, negeri Kedah utara Malaysia. Ia berlaku pada jam 4.48 petang , 14 Februari 2010. Sebanyak 28 gerabak kereta api barang tergelincir. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Pemangku Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fadzil Ismail menjelaskan bahawa kereta api dalam perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth. Punca kemalangan sedang disiasat.

Pihak bomba sedang memantau kerana gerabak itu membawa gas ammonia. Kerja-kerja mengalihkan gerabak akan dilakukan.

Bomba dan penyelamat mengarahkan satu keluarga berhampiran pindah sementara sebagai langkah keselamatan. Keluarga tepi landasan kereta api itu terdiri daripada 10 orang.[1]

Kesan sementara[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kereta api Ekspres Langkawi-Hatyai dari Gemas, Johor dan perkhidmatan kereta api Ekspress Hatyai-Langkawi dari Padang Besar , tergendala kerana landasan ditutup.

Penumpang dari Gemas akan diturunkan di Stesen keretapi Ipoh dan dibawa dengan bas ke Stesen keretapi Alor Setar sebelum meneruskan perjalanan. Penumpang dari Padang Besar akan diturunkan di Stesen keretapi Alor Setar dan dibawa dengan bas ke Stesen keretapi Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Gemas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]